SAHABAT PEMBENTUK DIRI KITA

SAHABAT
Sejak aku mulakan kehidupan di tempat baru iaitu UPM, terlalu banyak perkara yang telah merubah diri aku. Dari segi masa dengan Allah SWT, ukhwah sesama teman, disiplin dengan pendidikan, jujur dengan ilmu, hormat-menghormati dan semuanya.
Tiada yang datang dan menegur pada awalnya, namun aku hanya melihat sendiri sandiwara di sini yang dilakonkan oleh setiap insan. Aku bersyukur kerana diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk terus menikmati kehidupan dengan mengisi setiap saat dengan kebaikan, dan aku bersyukur kerana dikurniakan akal yang baik untuk berfikir. Tidak lama dahulu, aku tidak tahu menguruskan waktu. Samada bersama kerja ataupun Agama. Terkadang aku terlewat menunaikan yang wajib. Tetapi suatu hari, aku bermuhasabah diriku sendiri apabila melihat ramai pelajar di sini yang berjaya peroleh kejayaan, mungkin itulah keberkata. Lalu aku bertanya pada diri sendiri, daripada mana datangnya keberkatan kalau tidak dicari? untuk memastikan jawapan ini, aku bertanya kepada seorang hamba Allah ini yang mengikuti kursus yang sama. Pada hari orientasi, aku menyangka dia mungkin mengikuti kursus Bahasa Arab, tapi jangkaanku salah, dia juga mengikuti kursus yang sama denganku iaitu Bacelor Komunikasi. dia bertudung litup, berbaju labuh dan longgar dan orangnya sangat sopan apabila bercakap. dengan dialah aku banyak bertanya tentang agama. Dia juga selalu menasihatiku pelbagai kebaikan dan menegurku dengan cara yang baik. Katanya," taufiq hidayah sudah ada, tetapi kita yang tidak mahu mencari" . Saat waktu bertukar sunyi, aku selalu memikirkan tentang kata-katanya. Memang betul. Namun aku tidak punya kekuatan. Dikatanya lagi , "bertudung labuh bukanlah suatu kewajipan, tetapi yang wajib itu adalah menutup aurat". Sekali lagi aku bertanya kepada diriku, adakah kehidupanku selama ini tidak mendapat berkat?. Aku terbaca suatu hadith di dalam facebook, 'dosa yang lebih besar adalah dosa orang-orang yang tetap melakukan dosa walaupun ia tahu perbuatan itu adalah dosa'. Memang kena. Aku punya kekurangan tentang itu, aku tahu aku hamba yang berdosa, aku memakai tudung tapi tidak labuh dan litup yang patut. Apabila aku berjalan bersamanya, duduk bersamanya, aku berasa malu, aku kerdil di hadapan orang sekeliling walaupun mereka tidak melihatku, aku rasa seperti aku yang paling berdosa di muka bumi ini. Aku berkawan dengannya supaya aku boleh berubah untuk jadi lebih baik, untuk menutup segala kekurangan, aku tidak mahu bapaku menanggung dosaku. kasihan. Aku berdosa pada mereka walaupun mereka telah menasihatiku, namun aku kurang endahkan. Mengapa. Ya Allah, bukakanlah pintu hati ini. Namun kini, aku telah mengambil langkah yang perlahan untuk berubah sepenuhnya. Aku cuba untuk jadi seperti dia. Aku selalu berdoa kepada Dia, agar Dia mengurniakan seseorang hamba yang boleh mengajakku ke jalan amar makruf. Jalan yang Allah redhai, kerana aku ingin membalas jasa kedua ibu bapaku, menghantar mereka ke syurga. Dosaku terlalu banyak, aku yang kerdil lagi hina. Aku harap persahabatan ini berkekalan lamanya. Amin. Dialah NorAina Bt Tinggal...