Cinta Ditolak - putus asa untuk mencari jodoh

Siapa tak patah hati bila kita suka seseorang dengan bersungguh-sungguh dan ingin serius dengannya , kita luahkan perasaan pada dia, dan ayat dia , "hahaha , saya bukan tak suka awak, tapi kita berdoa je k, saya taknak kecewakan perasaan orang". Ya memang betul apa yang dia buat mungkin sebab dia belum bersedia tapi sekurang-kurangnya cakaplah yang kita boleh berkawan dahulu, ini tidak, sempat lagi buat ayat gelak. Baru kali ini aku rasa macam mana perasaan cinta seseorang itu ditolak. uwwww sedih ke tidak? Baru kali ini aku berani berterus terang dengan seseorang yang aku betul-betul suka, sekali cakap, kena reject camtu cara, hati beb1 kena sadoo kalau berani nak tanggung risiko dan kita kena redha dengan apa jua jawapan yang bakal diberi. Belum pernah aku punya perasaan seserius ini pada seorang lelaki, tapi bila suka orang pulak tak suka. Kata orang ingin lelaki yang baik, bermula daripada diri sendiri dahulu untuk berubah ke arah kebaikan. Memang , tapi tak semestinya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, kadang-kadang yang baik sebelum nikah, lepas nikah jadi sebaliknya. Kadang-kadang yang jahat sebelum nikah, berubah jadi baik lepas nikah. Yang penting niat kita untuk halalkan hubungan untuk bina sebuah keberkatan hidup, untuk tambah kerana, kata orang lepas nikah ni lagi murah rezekinya. Yelah, kita dah dirikan sebuah masjid kot. Bukan aku ingin menjadi perigi cari timba, tapi itulah hakikatnya zaman sekarang tiada lagi istilah itu, nisbah lelaki lebih sedikit daripada wanita, jadi aku rasa sebelum aku terlambat, baik aku express perasaan aku pada dia. And aku dah pun buat, hasilnya tiada jodoh, aku masih mencari jodoh aku di mana? aku cuba. Orang kata, jodoh perlu dicari bukan datang bergolek sendiri. Ya, aku cuba cari, aku cuba buat. Sekarang aku sudah tiada hati untuk mencuba lagi biarlah jodoh datang bergolek. Kerana ketika ini aku perlu yakin, takdir Allah SWT tiada mustahilnya. Semuanya boleh berlaku even di tengah jalan sekalipun. Tak perlu lagi fikir tentang jodoh. Lelaki boleh kahwin 4, perempuan zaman sekarang semakin ramai, kalau daripada sekarang aku tak cakap perasaan aku, mungkin aku melepas. Kata orang, cinta tak semestinya dimiliki, jadi aku tak perlu memiliki cinta itukah? Semua orang berhak punya perasaan cinta . Termasuk aku. Belum menjadi kesalahan selagi aku tidak melayan perasaan. Nasib aku baik sebab aku belum terlalu meletakkan harapan kepada dia. Aku sudah bersiap sedia mental , memang dalam fikiran aku, aku dapat rasa tak mungkin dia yang sudah berkerjaya menerimaku, aku yang masih sedang belajar dalam tahun pertama dalam ijazah sarjana muda.

Kadang aku tengok, kawan aku yang sewaktu di sekolah rendah , kurang mahu belajar, jodoh dorang semua sampai awal, aku yang punya sedikit pengetahuan tapi jodoh lambat. Rezeki masing-masing kan. kita kurang di sini, lebih di sana. Mereka lebih di sini, kurang di sana. Begitulah bagaimana aku memanipulasikan hidup ini. Mungkin masa belum sesuai untuk aku mencari pasangan hidup, cuma aku berharap aku dapat jumpa jodoh pada usia sebelum 25 tahun, kerana aku terbaca, pasangan berpotensi mendapat anak cerdik jika berkahwin sebelum usia 25 tahun. Banyak maklumat yang cepat tersebar melalui media sosial zaman sekarang entah sampaikan tidak tahu mana betul mana salah...