MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum wbt.

Selawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad SAW. Siapalah kita insan biasa tidak setanding baginda ya Rasulullah. Kita pengikut nya sahaja, tetapi kekerdilan ini, sama-sama kita beringat, mungkin kita tersesat jika tiada nya Baginda Rasulullah. Syukur... Islam yang dibawa sekarang semakin kuat, Sempena kelahiran baginda, aku terfikir, Mengapa kita insan yang rendah darjatnya ini hanya mengingati Rasulullah semasa sambutannya tertulis di kalendar sahaja, sedangkan baginda mengingati umatnya setiap detik waktu sehinggapun baginda wafat. Malu! Aku tiada mukjizat! Aku insan biasa, baginda pula MULIA! tetapi baginda tidak pernah sesekali melupakan kita, sedangkan kita, kawan sendiri pun kita boleh lupa. Kasihan..
Semakin aku keseorangan, semakin aku dekat memikirkan baginda selalu. Aku hanya mahu mengingati diriku selalu. Pelik! Di sana sini, kita berucap selamat maulidur rasul! tetapi adakah diri kita, amalan kita menepati apa yang diajar oleh baginda Rasulullah! Tidak! Selfie sana selfie sini, letak caption "SALAM MAULIDUR RASUL" , Perlu fikir perasaan baginda, harusnya baginda sedih melihat umatnya yang kini gilakan IT. sehinggakan meletakkan baginda sebegitu rupa. hormatilah baginda dengan sebaik mulianya. Baginda tidak pernah sesekali mengajar umatnya begitu. Aku tahu, aku tidak buat, aku ingin menasihati orang ramai walaupun aku tidak mampu bersemuka. Semoga nanti di akhirat aku beroleh syafaat.
Minggu ini adalah minggu final exam, Di hati ini, selalu memikirkan, adakah aku akan berjaya setelah usaha aku siang dan malam, tetapi aku terlupa, walaupun kita yakin tidak boleh buat, tetapi keajaiban itu hanya Allah yang Maha Berkuasa. Banyakkan berdoa semoga kita adalah insan yang terpilih untuk mendapat anugerah itu. Meski kita banyak dosa Allah tidak pernah menolak doa kita yang baik, jika kita berasa tidak berjaya kerana dosa sendiri, segeralah bertaubat! Pintu masih terbuka sebelum malaikat memisahkan roh daripada jasad. Malam itu, aku sedang membaca buku, hari ini adalah hari kelahiran Rasul, kalau aku boleh tahu, apa yang paling Rasul suka apabila tiba hari kelahirannya? Kalau diikutkan Rasuk bukan seperti manusia biasa seperti kita, walaupun baginda mulia, tetapi baginda tidak pernah mengharapkan lebih daripada yang biasa. Baginda selalu mengingati umatnya. Kenapa tidak kita hadiahkan ingatan kita kepada baginda? hadiah itu lebih bermakna dan bernilai jika kita mengingati baginda setiap saat dalam hidup dan melakukan amalan yang baginda ajar kepada kita. Mesti baginda senang dengan umat seperti ini. Hadiahkan selawat kepada baginda , maka di akhirat kelak kita juga yang memperoleh nikmat. InshaAllah, selagi upaya aku akan turuti ajarannya, semoga di akhirat beroleh syafaat. Terlintas di dalam fikiran aku ingin berjumpa dengan baginda dalam mimpi, setidaknya bau haruman baginda. Namun aku sedar, aku hanyalah hamba yang hina, keji dan rendah darjat di sisi Allah. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosaku... amin...