Cuma Perkongsian

Assalamualaikum wbt.

selamat pagi uollss!!
Sibuknya aku disini, begitu juga dengan kesibukan pelajar-pelajar u yang lain. Sekarang baru aku kenal erti 'masa itu emas' . Kalau dulu aku duduk rumah , tak buat apa, macam tu je masa aku guna, tapi dekat u , setiap saat masa tu perlu digunakan sebaik mungkin, Mungkin adik-adik yang masih kecil belum faham kenapa masa itu emas? Lambat laun, bila kita dah meningkat dewasa, rasa itu datang sendiri. Dan semakin dewasa kita, semakin singkat masa itu, sebagai proses muhasabah diri , kita juga semakin dekat dengan masa kematian. Dalam masa ini, jangan sesekali lupa pada Tuhan walaupun banyak assignment kena buat, kena submit awal, SOLAT! itu penting, sedikit saja masa untuk solat 5 waktu, bukan lama pun. selebihnya , Allah beri pelepasan untuk kita mengatur masa dengan baik. Takut-takut juga kalau tengah baca buku , tangguh solat , malaikat datang menjemput, waktu itu tak boleh lagi lah nak minta pelepasan untuk berwudhu' pun. 

Sekejapan saja aku baru di sini, biasalah , assigment banyak. Dan semakin aku bertangguh, semakin banyak. HAHAH. kesimpulannya, sekarang jangan bertangguh, buat terus kalau perkara itu memang sudah ada sumber untuk buat. okay? Contohnya, pensyarah suruh cari bahan dalam internet tentang apa-apa, terus saja cari kalau ada masa percuma walaupun perkara itu senang je, takut nanti kita lupa bukan apa, Melayu kan mudah lupa. Tak susah kan?

Aku curi sedikit waktu nak kongsi pengalaman sedikit sepanjang 4 minggu aku di sini. Kawan-kawan baru ramai yang dah aku kenal, dan ramai juga yang baik. Tetapi sahabat sepanjang hari, aku jumpa seorang, mungkin terlalu awal untuk aku memanggilnya sahabat, tetapi setakat harini, kami saling nasihat-menasihati. Berkongsi kisah, bersama ke mana-mana dan majoriti kami berdua. Memang lah mudah sebab bilik berhadapan je. Dia memang tak lekok dengan duit, kalau aku terlupa bawa duit atau memang tak ada duit, apa saja dia ringan tangan untuk memberi, sebab tu aku juga tak mahu berkira dengan dia. Dia pula anak yatim, Masih punya seorang bapa. Menambahkan lagi rasa kasihan pada dia. Kalau ada masalah aku cerita pada dia, kalau dia ada masalah dia kongsi dengan aku. Waktu aku menangis di sini, dia ada selalu. Walaupun kami berhadapan bilik, komunikasi tetap ada walaupun di dalam wassap. 

Berbalik pada tugasan, uwarghhh!! Bukan perasaan stress yang aku nak ucapkan, tapi Alhamdulillah, setakat ini, Allah kurniakan ketenangan dan kesabaran kepada aku. Ya aku tahu kerja memang banyak, tetapi kerja tu berlalu dengan mengikut haluan yang baik. Tak putus-putus aku menadah tangan meminta Allah permudahkan urusan aku di sini, dan aku perlu yakin Allah akan kirimkan kepada aku ketenangan dan permudahkan segalanya. Amin...