Seminggu sebelum ke UPM

Assalamualaikum , kawan kawan sekalian .

Malam ni , aku nak kongsi sikit apa persiapan yang aku dah buat dan apa perasaan aku . Memandangkan tinggal seminggu lagi sebelum aku mendaftarkan diri ke UPM . 
Kalau nak ikut persiapan tu , belum siap sepenuhnya lah . 
Barang-barang tiada persiapan lagi , tapi yang paling penting sekarang ni aku tengah sibuk siapkan semua dokumen yang penting .
Qenyah memang lah sebab masa terlalu singkat , ini betul betul menguji kesabaran kekuatan mental , kadang rasa mengamuk sebab ada je benda tak kena itu tak boleh ini tak boleh ditambah pulak dengan waktu yang berbaki seminggu ni .
Sibuk .
Ye aku tahu bukan aku sorang semua yang nak masuk u macam ni , tapi kenapa keputusan keluar 2 minggu sebelum daftar , tahun lepas masa diberi sebulan tak ah stress , jadi kesalahan yang dilakukan tu boleh dikurangkan la , ni kalau buat kerja kalut macamni macam macam kesilapan boleh dibuat . sabar jela dengan semua ni .
Bukan nak merungut tapi...
yela ni orang akan cakap merungut lah kan -___-

Sekarang ni , medic checkup dah settle , bank in yuran dah settle , buka akaun sspn-i dan cimb bank dah settle , sijil kokurikulum pulak , hwarghh! heran sekolah lain ada sijil kokurikulum aku takde , pahal ! buat hal tul ! 
Ya kalau macam ni gaya macam mana aku nak tempuhi alam universiti tak lama lagi ni , semoga Allah SWT permudahkan segala urusan aku di dunia dan di akhirat :(
Mungkin ini semua ujian yang Tuhan bagi nak tengok samada hambaNya lupakan dia atau terus lalai dengan rezeki yang Tuhan dah berikan .
Ini permulaan bagi aku untuk melangkah ke masa depan ,  selalu berfikiran positif lah , jangan cepat amuk bila ada kesusahan banyakkan berdoa minta dipermudahkan . Pujuk hati bila hati mula berprasangka buruk .
Semoga semuanya selamat .