assalamualaikum
Hari ini , aku kembali pening dengan proses-proses kemasukan ke IPTA .
oke , keputusan dapat 2 minggu sebelum daftar diri, boleh cetak surat tawaran 2 hari lepas keputusan keluar , kemudian nak print terus hari yang sama tak boleh sebab ink habis, nak beli pun takda masa sebab berlanggar dengan sehari sebelum majlis pertunangan along, so agak sibuk dengan persiapan dia dulu , almaklum, catering sendiri , kemudian hari ahad baru dapat print , tak sempat baca pun , hari isnin terus buat medical checkup , pergi hospital putrajaya tapi hari kena berjumpa doktor jatuh pada hari yang sama aku kena daftar 2/9/14 . jadi nurse tu cakap aku kena pergi luar kalau nak cepat. Aku dengan abah pergi terus klinik swasta , hari selasa baru kena buat ujian , memang letih kenduri tak habis lagi round-2 pulak cari klinik yang nak terima xray dan kena survey harga yang berpatutan , hampir sepuluh klinik pergi last2 baru dapat yang murah sikit .
Tiba hari Selasa aku pun pergilah buat medical checkup , lepastu tunggu keputusan sampai hari Khamis , sokay.
Balik dari rumah sajelah aku baru sempat baca panduan pendaftaran tu, tengok-tengok pemeriksaan kesihatan hanya boleh dibuat di hospital kerajaan atau klinik yang diiktiraf oleh kementerian sahaja! what! Aku dah pergi swasta kot dah bayaq kot seratus lebih .
Khamis aku kena amik keputusan dah.
Malam tu aku tadi aku tidur pun tak lena lah memikirkan nasib apa pulak kali yang menimpa aku, makin hari makin sulit.Keadaan aku dah tak terurus lagi, mana yang nak bukak akaun bank lagi sampai dua bank lepastu medic checkup yang sama hari dengan hari pendaftran, kalau aku buat lepas daftar confirm kalut! sebab itu dah masuk minggu perkasa putra , minggu kedua pulak dah start belajar so mana masa aku nak buat medic checkup! hwaaaaghhh!! Nak nangis dah , nak mengamuk rasa tak patut sebab salah aku tak baca dulu , tapi siapa kan dapat agak dalam masa yang singkat untuk uruskan semua , medic checkup hanya boleh dibuat dekat kerajaan sahaja , bila semua dah kalut , masa pun pendek mestilah cuma fikirkan swasta . urghh kali ni aku banyak mengeluh , ini lagi ujian yang aku kena lalui .
BTW, aku baru sahaja call bahagian pengurusan pemeriksaan kesihatan UPM , dorang cakap boleh buat dekat swasta . dia cakap BOLEH k , bukan tak boleh . settle kat situ.
Dalam hati aku masih tak puas hati , kemudian aku kol terus bahagian akademik UPM , dia pulak cakap boleh buat dekat swasta tapi kena semua sekali buat dekat satu tempat sahaja , tak boleh cray dekat klinik lain , buat urine test dekat lain , macam tu , sekarang situasi aku ni , aku pergi x-ray dekat QHC , checkup dekat klinik metro , TETAPI klinik metro yang semak x-ray aku , klinik metro yang sahkan x-ray aku , cuma imbasan x-ray sahaja aku buat dekat QHC .
Pening la macamni,
(orang yang cakap tu pun macam nak marah aku je , penat ke ape , pagi lagi takkan dah nak badmood kot)
sabar lah nani sabar , ini ujian pulak untuk masuk u ,sebelum ni ujian kena tangguh masuk u kan , Allah sayangkan aku sebab tu ujian tak berhenti-henti , aku kena bersyukur sebab Allah pandang jugak aku , lalu diberikan ujian macamni , cuma fikiran aku saja yang serabut . Aku taktau lah ada ke tak orang lain yang jadi macam situasi aku ni .. (menangis) sobsob :'(