Semester 2

Harini bermula hari pertama kelas semester kedua tahun 1, 
Rasa dia, macam tidak berpijak pada bumi yang nyata. Mungkin sebab cuti yang lama, perasaan ini seperti hari pertama daftar semester 1, tak berasa nak berdunia berkampung di sini. Kelas pertama harini rasa krik krik, lecture pertama ada tapi kedua kitorang balik sebab sejam tunggu lecturer tak masuk, Alhamdulillah, sebab aku belum berasa nak belajar, tak ada mood lagi, Kemana hilang semangat dulu, Ya Rab, tolong hamba-Mu ini , pulihkanlah semangat dia. Aku seperti hilang tuju di sini, memikirkan bagaimana keadaan selepas ini di sini, menangis, Aku sunyi, sunyi sepi, sunyi derita, sunyi tangisan, rasa mahu menangis mengenangkan mak abah abu dan keluarga di rumah. Mungkin kerana pergerakanku yang agak terbatas. Aku rasa mahu pulang ke rumah. Memanggil keluarga untuk mengambilku pulang. Aku sunyi !!!!!!!!!! Sungguh!!!!! Tak ada rasa nak belajar ni, mana semangat belajar aku pergi! Aku masih serius dalam berkata-kata. Pergi kelas tadi pun, aku tak banyak cakap, tak hyper macam sem 1, mungkin sebab hari pertama kot. Tapi itulah, orang banyak topik cakap, aku ni tadi diam macam entah, roh aku masih kat rumah, jasad aku je pergi kelas, Apa ni . Bila macam ni mulalah rindu semua orang nak menangis. Apa nak buat. Harap 3 tahun berlalu dengan cepat. Aku tak berdaya menanggung perasaan ni selama-lamanya.