Dan aku juga pernah rasa teramat mahu kahwin , bila tengok pasangan yang masih belajar tapi sudah berkahwin,
Apa bukan dikatakan gatal, tetapi menghalalkan yang sebelum ini haram.
Daripada berkepit 24 jam ke sana ke sini tanpa ikatan lebih baik halalkan.
Tetapi yang dibimbangkan bukan soal majlisnya atau apa, tetapi dengan siapa jodoh itu, melihat yang ini, hendak begini, melihat yang itu, hendak begitu.
Perasaan tak pernah sama mahukan yang sama, berubah-ubah melihat yang lebih elok. Bukan suka terlampau tetapi sekadar memuji yang itu baik dan alim, memuji ciptaan-Nya indah belaka, pelbagai rupa.
Aku juga perempuan, aku juga manusia, perlu tahu yang hidup ini sentiasa perlu berpasang-pasangan. tetapi andai jodoh belum tiba, belum terbuka hatinya hanya untuk seseorang, mungkin sebab itu hati selalu berubah melihat yang lebih indah. Tidak tetap pada satu yang sudah cukup untuk dibuat suami.
Umur sudah menjangkau 21 tahun mestilah perasaan bertemu jodoh itu membuak-buak, sedangkan sudah ada yang berkahwin pada usia 13 tahun.
Takut akan jodoh lambat tiba tapi andai sudah takdir lambat, lambatlah juga,
Kalau percepatkan pun belum tentu itu jodoh kita, Apalah nasib,
Mahu tapi belum sampai.
Wahai jodoh, dimanakah kau berada, sedang apa dan bagaimana rupa mu, sikap m, adakah sekarang ini kau sedang asyik bercinta dengan orang lain? dekat atau jauh keberadaanmu..