Penantianku Berakhir !

Assalamualaikum wbt
hyeeee..!
Pertama sekali , aku panjatkan kesyukuran pada Ilahi. 
Kerana memakbulkan doa hamba yang penuh dengan kekurangan ini.
Alhamdulillah.
Setelah setahun aku tunggu saat ini, aku diseru untuk sambung belajar.
Bagi aku setahun aku menganggur di rumah telah memberi aku sejuta nikmat kesyukuran.
 Baru aku tahu macam mana rasanya ibu-ibu yang jadi suri rumah sepenuh masa, penah lebih dari orang yang bekerja, bosan dengan hari-hari kerja yang sama, masak, sapu rumah, mop lantai, basuh baju, jemur kain, lipat kain, buat air, layan kerenah suami baru balik kerja, anak-anak balik sekolah.
Memang penat.
Hargailah kerja-kerja ibu di rumah sebagai suri rumah, tanggungjawabnya besar. Janganlah dibalas dengan perangai buruk kita, selerakkan rumah, kutuk masakan dsbg.
Penat k buat semua tu, lagipun itu bukan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh seorang ibu. 
Ibu hanya membantu meringankan beban sang suami sahaja.
Kalau dah nama permaisuri, sepatutnya jadi permaisuri saja bukan buat kerja.
Jadi tanggungjawab aku untuk meringankan beban mak sepanjang aku tak buat apa kat rumah.

Sejak tamat pengajian di Matrik(29/4/13), aku kerja untuk sebulan lebih kemudian berhenti, tak lama lepastu keputusan upu keluar tapi aku tak berjaya, rayuan aku buat tapi tak dapat jugak, UITM sahaja ada buat intake , aku je taktahu isu semasa, aku ingat boleh buat permohonan macam tu je, nak dekat tarikh tutup permohonan baru aku tahu, aku try buat permohonan tapi tak boleh sebabnya aku tak beli no pin . hmm kesian kan, rezeki yang takde, nasib tak menyebelahi aku, masuk sahaja tahun 2014, barulah upu bukak permohonan baru untuk budak lepasan matrik, lepasan stpm dan orang-orang macam aku pun diberi peluang untuk memohon.

ya agak lama, bulan OGOS baru dapat tahu keputusan upu samada dapat atau tak, memang selama setahun tu aku tahan sabar, meliur tengok orang lain sambung belajar. ye! aku rasa down sikit pada mula tu, ingat saja aku nak amik diploma balik, tapi aku rasa bazir pulak masuk matrik kalau aku tak gunakan sebaik mungkin, aku percaya pada takdir. inshaAllah, kalau ada rezeki aku dapat, mak abah along banyak beri aku semangat untuk bangkit dan jangan terlalu rasa rendah diri. kawan-kawan pun tak lupa jugak. dorang usaha tolong aku inform perkara yang aku terlupa pandang. thanks.

Bulan demi bulan berlalu, sampai lah raya . Aku selalu memikirkan samada aku masih punya masa depan atau tak, bergantung pada apa yang akan aku dapat. doa tak putus-putus aku sampaikan pada Allah SWT. Kadang aku sendirian, memikirkan nasib kalau kali ni pun aku tak dapat. Aku menangis, aku bertanya dengan diri sendiri, aku bertanya pada Nya andai Dia dengar rintihanku.
sedih.. 

sesungguhNya Dia Maha Mendengar , cuma yang terbaik selalu datangnya lewat, seperti sewaktu kita kecil dahulu, kita mahukan gula-gula, tapi mak kita tak bagi sebabnya ? bahaya untuk gigi, risaukan kesihatan kita kerana kita masih kecil belum pandai mengawal pemakanan, kerana ibu kita tahu apa yang terbaik bagi kita.
ibaratnya seperti itulah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita sebab itu, apa yang kita minta kadang-kadang tak dapat sebab Allah dah janjikan yang terbaik untuk kita. 

Sepanjang setahun aku menunggu, kadang-kadang aku rasa terlalu rendah diri, banyak kekurangan diri. Aku sedar , dulu aku sering merungut penat belajar, bila nak habis belajar, bila aku fikir balik, ya Tuhan dah bagi aku rehat yang lama di rumah untuk aku muhasabah diri. Bila kita dapat sesuatu, jangan merungut, aku sedar, hidup ni kita kena selalu ingat tak semua benda kita nak , kita akan dapat, kita kena fikir perasaan orang yang lebih kekurangan dari kita. baru datangnya syukur, dan kita perlu tahu, setiap yang keluar dari mulut ini adalah doa. Dia Dengar apa yang kita cakap even berbisik even dalam hati. 

Selasa, 12 Ogos 2014.
Hari ni penentu, semua orang yang nak tengok keputusan gementar, dan bagi orang macam aku ni, mungkin 23456789 kali gementar. ni kali ketiga aku jadi nebes cemana tah. Allah je lah yang tahu perasaan aku waktu pagi ni. Aku bangun macam biasa, tapi lepas subuh tu aku dah tak boleh tidur dah. Sampai termimpi-mimpi , kawan-kawan menangis tak dapat masuk u, sedangkan aku dalam mimpi tu masih tertungu-2 keputusan. Mimpi pun tak mahu tunjuk kan lagi apa keputusan aku dapat. 

Tepat pukul 12, aku sms upu result 940429****** ke 15888 . tapi dorang buat diam je tak reply apa pun kat aku, aku dah cuak :( nak menangis pun ada , dalam hati aku lebih kepada gagal lagi.
tapi aku buat berani nak cek guna laptop je, aku pun login laman upu, bila dah masuk siap kategori, aku terus tutup skrin, debar dia, aku cuma tak sedia lagi ni... huahua perasaan campur baur dan aku rasa teruk sangat waktu ni. benda dah tertulis dekat skrin tapi aku tak sedia nak tengok. set dalam hati, terima jela kalau tak dapat , pergi unikl. dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim.. bila dah dapat, macam tak percaya pulak, iyeeeee!! bukan senang nak dapat! ramai yang minta. Bila Tuhan dah tetapkan tempat kita, bersyukurlah Alhamdulillah! Terima kasih Ya Allah!!

Tak dapat aku bayangkan dan gambarkan pada orang macam mana syukur nya hati ni, biar Tuhan saja lah tahu.. betapa gembira hati ini, rupanya Tuhan dah aturkan. Tahun ini, along tamatkan pengajian dekat UNIMAS, lepastu aku pulak berjaya masuk U , silih berganti. Kalau aku masuk U tahun lepas, along belum habis lagi . okay, dah nampak. hmmm , THANK YOU ALLAH!

Semoga segala urusan dipermudahkan sehingga saat aku tamat pengajian di UPM. Tanda tanya aku selama ini sudah terjawab, tak sia-sia aku menunggu, aku sabar. Terima kasih mak dan abah, keluarga, kawan-kawan. 

Amin...