Admin nak cerita pengalaman cuti panjang yang lepas . Admin tahu memang dah lama berlalu HAHA tapi baru sekarang rasa nak update blog kembali lepas taktahu nak buat apa harini. Percutian bermula dari 28 Mei- 14 Jun . Admin cuma habiskan masa bersama keluarga di kampung halaman , Nibong Tebal , Pulau Pinang. Memang di situlah juga rumah tetap admin. Di sini, cuma rumah sewa saja. Lambat laun admin akan pindah ke sana juga.
Minggu Pertama di Penang memang tak ada apa yang menarik untuk dibuat melainkan sibuk bersihkan rumah sebab dah lama tinggalkan , mestilah berhabuk dengan berdebu ber apa lagi taktahulah nak cakap, tapi lepas bergotong-royong bersihkan rumah tu cantiklah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
7 jun 2014
Mulanya minggu kedua cuti tu , aku dah mula rasa excited sangat nak jumpa kawan-kawan lama, sebab bertarikh 7 Jun kawan sebaya aku kahwin, orang Balik Pulau. 8 jun pula kenduri abang kawan dekat Alor Setar. Semuanya bermula dengan hari Jumaat , kawan aku , Syu datang dari KL dan terpaksa turun di Parit Buntar sebab tiket habis , dia sampai di PB pukul 4 pagi, 7Jun, macam tu, takpelah dekat je dengan rumah so aku dengan abah pergi pickup dia dekat bus stop PB. Sampai rumah rehat kejap je lepas subuh tu siap-siap dan naik pula bas Rapid Penang ke Butterworth, dari situ aku dengan Syu naik pula Feri ke seberang. Dan di sana minta tolong membe hantar kan sampai ke rumah. Kawan dari sekolah rendah jugak, Bobby dan Pedo seorang lagi kawan baru kenal nama dia Paeh HAHAHA sedap-sedap ubah nama orang kan. ye, gelaran je --, agak lama tunggu dorang sebab aku dengan syu sempat makan lagi dekat Tanjung Cafe elok je dekat lorong pejalan kaki tu, tunggu dekat situ SEJAM SETENGAH . hmmm biasalah kena sabar sebab orang ambilkan tu kira bersyukur la besar nikmat. chooiiiii!!
okay nak cerita apa kami makan dekat situ , nasi ayam sepinggan , itu pun kena share lah sebab japg nak makan kenduri pulak. Then air aku jus Epal dan syu pulak jus Buah Naga. Makan nye dah lama habis but orang tak sampai-2 HOHOHO sabor jeler... dalam 45 minit lepas habis makan aku dengan syu gerak g tempat menunggu senang sikit nak nampak dorang. Tak lama lepas tu dorang pun sampai, btw luckly me duduk tengah dapat aircond HAHAHA . Perjalanan kami ke Balik Pulau melalui bukit baru tak lah lama mana, sekejap je, otw nak ke Balik Pulau tu, durian sesajaaaaa!!! Ya Allah , nikmat sangat kalau dorang berhenti kejap untuk makan durian ke pe ke perhhh! terliur je la tengok nak harap dorang berhenti mang tak lah sebab masa dah lambat japg sampai terus nak bersiap g wedding Hajar.
Dorang hantar sampai rumah syu, after bersiap tu keluar balik tunggu member lagi satu kereta, aku?? hmm kena naik dengan budak-2 .. takpela dah orang suruh, aku pun takde pilihan lain kalau tak, tak makan nasi minyak lah aku ooiiii. okay dah stop merepek nani oooiii. Tak lama pun nak ke rumah Hajar, dah sampai dan terus ceduk nasi lepas salam tuan rumah. Habis makan , selfie sikit , decide lak nak g jalan-jalan di BJ. Nak g tu aku dah tukar kereta naik dengan Fida, lega sikit sebab tak ah janggal je rasa sorang perempuan. Macam biasa perempuan g mall mau shopping but aku cuma shopping untuk baju esok, aku tak bawak sparepart baju so kena beli, kurung moden Terengganu , warna biru. cantik laa.. sampai malam kitorang dolan-dolan pastu balik Fida hantar sampai depan rumah ofcoz lah kan. so thank you Fida.
Dah siap bersihkan diri semua, sebelum tido tu, buat ladies night dengan syu, makan maggie atas katil sambil berborak tentang jodohnya., this time aku sangat rindu. Gelak ketawa. Malam ni dia kakak terbaik sebab layan aku macam adik, makan sepinggan sekuali secawan. Orang dah tido, but kami dorang membisik lagi, yela, habiskan malam terakhir di rumah dia dengan cerita percintaan dia, terharu ada, nasihat ada semuanya lah, dia juga ada nasihatkan aku. ya aku terima . Jangan bersedih selalu, move on lah yang selalu aku dengar dari mulut semua orang kalau putus cinta kan. Pengalaman dia, kongsi dengan aku supaya aku tak bersedih dan dapat aku jadikan pembakar semangat untuk move move move.
8 Jun 2014
Semalam beria decide nak bertolak awal konon!!!! penat aku je bangun awal-awal dahla malam tido lambat, merah mata aku!! nak gerak dorang, hmm payah tahap KLCC. sama la dengan syu pun, nama je sebilik HAHA. dengan baju memang tak iron lah sebab semalam letih berjalan, nak iron pagi ni, tu yang bangun awal tengok-tengok sorang pun tak bangun lagi. aku pun hmm! lantaklaa, sambung tido balik! bia japg dorang pula tunggu aku keyh!! pukul 8 aku tido balik, pukul 11 lebih aku bangun balik. itupun mak syu ingat aku dah mandi sebab aku tido dengan kain tuala di kepala. mak dia terkejut asal aku mandi kali kedua, aku pun terkejut, sejak bila aku mandi kali pertama HAHAHA. 'saya mandi dalam mimpi je makcik...' ..
Aku terjaga pun sebab syu gerak cakap dorang dah otw, spoil saja nak buat aku kelam kabut, baru nak bangun iron baju, tapi takpe. aku tetap buat rileks sebab memang nak dorang pulak tunggu. perempuan bersiap last minit memang lama lah kan. The best moment when syu makeup for me. pandai, cantik hasil tangan dia conteng muka guweee... i love it! XOXO sikit. dalam pukul 11 lebih hampir ke 12, dorang pun sampai, time tu cun-cun kami siap .
Angkat barang masuk kereta semua, kami pun mulakan perjalanan. first! kitorang pergi ke rumah faizah, kawan sekolah rendah jugak, abang dia kahwin, but haritu aku langsung takde mood , emm adalah sebabnya. but aku buat biasa jelah cuba k cuba even takot. pukul 1 lebih macam tu , kitorang bertolak dari balik pulau ke alor setar nak ke wedding abang nad. sejam lebih kot baru sampai. dalam kereta aku tak cakap ah , tunggu nak sampai je dan siap apa akan jadi, apa yang aku bayang kan memang jadi. aku seronok nak jumpa kawan aku , tu je. sampai je pukul 3 macam tu rasanya, then terus makan takde ah aku selfie banyak mana, aku cuma ingat nak balik cepat je dan dapatkan mak aku je.
Dalam pukul 4-5 macam tu kitorang bertolak balik but sebelum tu kita pergi Jitra Mall dulu , untuk tunaikan hajat mak ayah syu untuk berjumpa keluarga ayah syu. Baguslah jugak dapat aku lepaskan dekittttt kemurungan mmmm!! >( dolan-dolan di mall makan bihun sup , cool blog dannnnn Balik!!!
Apa je yang aku buat dekat mall tu, memang sekejap je tapi beri seribu makna bagi akulah :') aku sayang dorang sangat. Aku dilayan seperti adik, dan aku rasa memang ada abang, mungkin ini yg dirasa bagi orang yang ada abang :) protected. dan syu as my sister. Dorang sangat baik. HAHAHA ni kalau dorang baca mau koyak baju suar habis annnn... dahla korunk jangan nak perasan , nak senyum gelak sorang2 k, nyampah aku tengok. SYU , BOBBY , FAEZ DAN PEDO . Pape pun korunk terbaik k terbaikkk .
Belum habis lah! okay lepas syu beli barang-2 dia ape semua tu, sambung balik perjalanan, ke nibong tebal, rumah aku laaaa... ini aku rasa kelakar lah bagi aku. mood aku pun tak berapa nak ok time ni, kejap ok kejap tak, dari tadi aku diam je, aku pun taktahu macam mana nak mulakan cerita pasal spray tu, but aku memang suka main spray tu, wangiii wangii!!! mungkin sebab aku nampak ada orang spray rasanya, dari situlah senyuman dan gelak tawaku bermula. dorang jangan cakap lah, memang dari pergi sampai balik tak diamnyeeee... ye dalam kereta aku agak tertekan dengan fon ni, but spray dah berjaya hilangkan kemurungan aku lagi!! HAHAHA . Memang lah, ada orang suka ada orang tak suka. aku pun memang ada kena marah jugak sebab asyik main spray je, but what should i do, if i like, i will get it !! sorry kawan-kawan, aku terpaksa bagi menaikkan mood ceria aku seceria bau wangi spray itu ^_^ especially dekat syu, hmm kesian dia sebab tak tahan bau wangi tu .. dia cakap pening, tapi aku tak pening aku buat jela.. syu tak boleh bau wangi sangat kot hihi tapi ini serius cakap aku tak pk lagi pasal masalah lepas aku dapat main benda alah tu even kena marah, but aku tak amik hati sebab aku tahu memang salah tapi rasanya dorang semua faham aku. Itu deep sangat. Aku memang macam ni, aku boleh buat sesuatu 'out of control ' kalau benda tu je buat aku happy waktu aku terlalu stress sedih murung . ya , like ppl said, "do something that would make you happy until you can forget the passed" . kalau the 'passed' itu benda baik takpe tak out of control , ni 'passed' yang tak best .
Rasanya boleh kira berapa kali kitorang berhenti dekat rnr. hmm 3?? kot.. lepas sorang , sorang buat hal . haih perangai....~~~ padahal rnr tu takde beza jauh mn pun.. agak lama bertolak dari alor setar, baru aku teringat cool blog aku dah lama kat tepi tu, aku tak sentuh sikit pun. haih, tak merasa ais, rasa air je. tak ape, bersyukur la orang belanja salah sendiri la sape suruh lambat makan kan.
Pukul 10 lebih camtu sampai lah umah aku, sebenarnya aku tak kesah pun balik naik bas sebab awal lagi time tu bas ada lagi , kalau balik butterworth terus. kesian ada orang nak kerja, lambat, lagipun 2 hari tu dah banyak susahkan dorang. Dari terminal sampai ke rumah. Tapi sebab syu pun ada tertinggal barang kat umah aku, so tak apelah kalau camtu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
BTW, thank you korunk, layanan korunk baik sangat even ada gakkk yang nak buat spoil tu kan haaa.. paham-2 la korunk sape makan cili, dia senyum sekarang ni kalau baca. hahaha saje buat entri special untuk korunk. terbaik k! jumpa lagi kalau panjang umur dan ada jodoh. Sabtu dan Ahad tu memang jodoh kita bersama. Sebab tu kita diizinkan berjumpa tanpa halangan . Semoga Tuhan tetapkan jodoh pada kita lagi , inshaAllah . aminnn :) sorry, susahkan korunk, halal makan minum, jangan amik hati kalau aku terkasar bahasa ke ape, aku minta maaf. jumpa lagi ..!Assalamualaikum ...
XOXO