Harini hanani pergi tempat untuk hirup udara segar lagi segar daripada yang segar dan untuk membuang sisa toksid yang telah membeku dalam badan ni setelah sekian lama melekat di dinding artery. Mula-mula nak pergi pagi, dah siap semua tapi tengah hari baru bertolak sebab tunggu abah balik bawak adik pergi Hospital Putrajaya angkara demam. Uih! dah sampai tu cepat-cepatlah naik kereta drift ke Bukit Bandaraya atau lebih dikenali oleh orang ramai Bukit Cerakah/Cahaya. Dimana yang bercahay nya pun tak tahu lah. Masuk ke situ 12 tahun ke atas RM3 sahaja. Kira murah lah kan dengan segala kemudahan yang ada dalam tu. Bukan 1st time lah hanani sampai situ tapi dah banyak kali. Saje nak buat entri untuk week nih. Sampai situ, hanani dan keluarga terus hamparkan tikar. Nak tahu kenapa tak duduk je kat pondok? Korunk pergi lah tengok sendiri, mungkin bila korunk pergi, tempatnya dah siap dibaik pulih. Tak kesah lah, yang penting dapat makan! Lapar! haush! Breakfasat ke? Atau lebih dekat lagi dengan Lunch walaupun tak makan pagi. Nasi lemak ayam merah plus sotong goreng. Ummmp! Sedap nya ! Mak masak. Lepas habis je makan tu, hanani, mat wan dan along terus pergi sewa basikal untuk sejam RM5. Boleh lah ... Melelong mula-mula hanani nak control handle basikal tu, yelah, kalau ikutkan umur, daripada tingkatan 3 tak naik dah basikal, sebab masa tu duduk kampung, pape hal pun, guna motor jelah supaya cepat dan selamat daripada gangguan makhluk asing , kalaau naik basikal sama dengan lambat burma dan myanmar iaitu pekerja kilang kat situ, takot! mereka sekarang dah bahaya sangat! Almaklumlah, bekalang sikit daripada rumah hanani kat kampung tu, ada kilang perabot lah, macam-macam kilang dah dibina. Berbalik kepada cerita ride with bike. Nama pun Bukit so,jalan nye berbukit lah kan. Hanani dah lama tak exercise, memang sekejap sangat lah terasa keletihan dan kelenguhan berkayuh ni. Mula-mula je semangat , naik bukit pun pas guna gear rendah. Sekali dah sampai berapa minit, "AHHHH!SEMPPPOOOTTT"!!.. hmm , sekali kena "cepatlah!" dengan along n mat wan daaa.. dowang ni tak de perasaan naik bukit agaknya. Sambil-ambil tu, hanani tolak lah basikal naik bukit, yang 2 orang tu dah sampai ke puncak dah. Kesian kan. What the tired ! Pusing nak dekat sejam jugak lah , barulah hantar basikal, kalau hantar lambat nanti kena cas lebih pulak,sebab terlalu excited berkayuh. Paling hanani suka bila turun bukit, rasa angin! Mak ai! Bestnya ! "Macam akulah pelumba basikal yang handal!" tapi kena berhati-hati jugak, turun bukit , nanti bertembung dengan bas atau kereta ke. Sana ada bas yang bawak pelancong,pusing-pusing tempat tu. Nanti adalah conducter bas yang akan explain setiap tempat yang kita lalu tu. Sebelum balik tu, baru lah try-try naik bas setelah penat berkayuh. Sejuk je tempatnya, mak cakap nanti 15 hari bulan nak pergi pulak nak masuk rumah 4 musim yang baru dibuka setelah ditutup sekejap sementara menunggu musim bunga ni. Hmm, ramia-ramai lah nanti kita pergi yerk, jumpa kat sana. InsyaAllah....
;berhenti sekajap,dah tak larat nak redah onak duri*
;berhenti lagi tempat yang sama, nampak? muka keletihan mendaki bukit,merah padam muka!*

;basikal yang ditempah 3 untuk sorang satu punya nama*

;yang ni pulak tersadung tepi selekoh*
;sama jugak lah ni, lepak kejap tepi jalan menaiki bukit, penat kerah tenaga kayuh pedal basikal*