Balik Cuti Sempena Hari Raya Cina

Hari sabtu pagi bertolak pukul 10 pagi . Macam selalu jangkaan sampai ke Pulau Pinang selepas 5 jam , pukul 3 mesti sampai . Tapi ! 12 jam baru sampai . Jalan sesak teramat sangatlah kan . ni nak cerita pasal keadaan trafik sepanjang perjalanan . Bermula dari Kota Damansara , dah mula perlahan macam kura-kura . Tapi kalau letak kura-kura tepi jalan tu , confirm lagi laju dari kereta yang beratur . Tambah simpang bercabang 3, bersilang-silang kereta nak masuk haluan masing-masing . hmm... 3 jam 30 minit kemudian baru sampai kat tanjung malim .. berhenti kat hentian tg.malim pukul 2 petang .. terasa tak sabar sangat nak keluar daripada lebuhraya ni .. Tapi yang paling nani tak sangka , nak guna tandas beratur panjang sampai ke pintu masuk kedai runcit mesra , ingatkan sekejap je nak singgah kat hentian tu . Tapi pukul 2.45 baru dapat turn dan bertolak semula pukul 3 petang . 15 minit kemudian masuklah pintu gerbang Sabak Bernam , 15 minit lepas tu pulak , nampak signboard Sungkai .. berhenti rehat kat Tapah , solat jamak ta'khir , bertolak dari Tapah pukul 5 petang .. setelah sejam berlalu , tiba pulak kat simpang pulai,6.35 sungai perak . Lepas tu nani tak buat report time lagi kat mana dah sampai , yang pasti pukul 10 malam baru sampai di changkat baroh , nibong tebal , pulau pinang ..

huh ! yang duduk tengok jalan pun terasa lelah nak bernafas , ni kan pulak mak yang memandu . Tapi perjalanan selamat sebab semua bergerak lambat . Semua balik cuti hari tu sebab tu jalan sesak .. cuaca pulak , petang baru hujan lebat sampai ke maghrib .. Tapi Alhamdulillah , selamat sampai jugak ..