Bermulanya November ... SPM 2011

Bermulanya November ...

Semua palajar yang akan menduduki peperiksaan penting akan menyediakan segala kelengkapan dan memperketatkan otak dengan ilmu-ilmu yang telah dituntut daripada tingkatan 4 . Segala kelengkapan ini diperlukan untuk menghadapi peperiksaan penting tu .
Tapi hari ni catatan ni ditaip setelah 3 minggu peperiksaan tu berlalu . sekarang agak lega sikit dan perasaan takut dan gementar tu sikit-sikit dah ditinggalkan dalan kelas peperiksaan . Kesian kan , exam dalam kelas lagi , dewan sudah penuh . PMR dulu dalam dewan kecil tak sempat nak rasmi dewan besar yang baru buat dekat sekolah lama dulu . UPSR dulu dalam dewan besar jugak .
Antara subjek yang telah lepas :

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Mathematics
  • Pendidikan Islam
  • Additional mathematics
  • Science

Sekejap je kan , dah 7 subjek lepas . Tinggal 2 subjek lagi je

  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas

Nak cerita sikit lah situasi sebelum bermulanya subjek-2 tu . Bahasa Melayu tu santai-santai je baca buku sebab yang penting PENGETAHUAN FAKTA ! Kemahiran ni hanya wujud dalam fikiran seseorang apabila beliau rajin menerapkan amalan membaca . Secara tidak langsung individu akan mengasah fikiran beliau dan mengetahui isu-isu semasa yang kerap berlaku di serata dunia . aisseehh !! :-p rasa macam tengah jawab soalan Bahasa Melayu pulak . Sebab itu , apabila bertutur gunakan bahasa yang baik , mudah untuk orang lain memahami dan yang paling penting FIKIR SEBELUM BERCAKAP ! Wahh ! ada kena mengena ke ? tak ada kaitan pun tak apalah . Anggap ini 1 Nasihat 1 Malaysia :-) Kalau asyik mengeluarkan kata-kata kesat apabila bertutur dan menganggap perkataan yang dikeluarkan itu untuk menggelikan hati rakan " -,- " SALAH ! "Lawak ke" bagi admin , tak . Malah , itu mungkin akan mengecilkan hati mana-mana pihak . Admin juga budak baru belajar , jadi ambillah ini sebagai satu nasihat dan muhasabah la diri . Perkataan ini yang akan mengotorkan fikiran dan "Menyahkan" pengetahuan yang bersih . Tuntasnya , nak buat karangan pun dah kehabisan idea sebab yang tinggal dalam fikiran hanyalah " Kotoran Degil" . Takkan nak kotorkan kertas jawapan pulak kan ?

Tetapi yang paling best admin nak cerita tentang keadaan sebelum peperiksaan ialah semasa tiba hari ketiga iaitu kertas Sejarah ! Sepenuhnya kena baca dan rajin buat latihan . Semuanya "FAKTA" dan tidak boleh suka-suka buat "Auta" sendiri ! Memang admin mengaku taktahu nak jawab apa bila tak baca keseluruhan buku teks dan cuba memahami . Walaupun baca , tapi tak memahami , memang susah nak ingat melainkan menghafal teks tu . Kertas 1 admin lega lah sikit sebab "A , B , C , D" aneka pilihan kan , tapi tiba kertas 2 sejarah admin kalut menghafal . Tambah-tambah pulak tak ada soalan spot yang keluar . Bab yang paling pulun membaca ialah Perang Dunia Pertama Dan Kedua . Admin harap bab tulah yang akan keluar sebab penat menghafal , habis mereka-reka nak buat cerita perang dunia 1&2 bertungkus-lumus . Tengok kertas Sejarah ,WAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!! tak ada soalan perang ! ni yang nak kena berperang betul-betul dengan paper sejarah ni ! Admin tengok soalan banyak tentang pendapat . sedikit sebanyak , admin tenang jawab soalan Sejarah tu . Alhamdulillah , Allah SWT sudah mempermudahkan urusan . Tetapi tetap kena berhati-hati menjawab kehendak soalan , kadang-kadang kita rasa jawapan yakin betul , hakikatnya , SALAH !

Seminggu rehat ni kenalah study bagai akauntan , semak akaun tu semak akaun ni . minggu depan Akaun oo ! oke , admin nak buat kerja lain . Harap entri admin tak menyinggung hati sesiapa , kalau ada admin minta maaf . Admin juga baru belajar . TQ !