dulu menanti kini realiti :)

siapa yang dinanti ? apa yang realiti ?
aku tersenyum keseorangan . dulu aku selalu tunggu dia sebab aku ego tinggi . aku jugak ingat dia tak kan . tapi bayangan aku jadi realiti :) dan aku ada lagi satu bayangan yang aku rasa tak mungkin berlaku . aku rasa hati aku sejuk memandang dia . tapi aku dan dia tak pernah bercakap dengan mesra . bayangan aku terlalu indah . seindah taman babylon . mungkin tidak seindah bayangan di syurga sebab aku tak dapat bayangkan keindahan syurga yang begitu indah melebihi segala yang indah . fikiran manusia terbatas dan aku adalah manusia tersebut . kerana segala yang pasti ada depan mata aku bahawa bayangan kedua itu tak pernah wujud . aku dan dia mungkin tidak sehaluan masa hadapan nanti . tetapi hati kecil aku sering membisik pertemuan yang indah suatu hari nanti antara aku dan dia . TIDAK . itu hanya hati kecil . hati besar ? ikutlah majoriti ye tak ? aku anggap dia hanyalah mimpi dalam hidup aku . mimpi kadang betul kadang tidak . apapun aku suka tengok wajah dia yang bersinar , beri ketenangan pada aku . aku rasakan dia memang baik dan kuat pegangan agama :)