
Allah SWT juga telah menjanjikan pasangan hidup masing-masing di atas dunia ini . Yang baik adalah untuk yang baik dan sebaliknya . Persoalannya , perlukah kita mencari cinta atau cinta dengan sendirinya mendapatkan kita ? JODOH . Allah SWT telah mengatur segalanya dengan sempurna . Samada cepat atau lambat itu semua terletak pada Tuhan Yang Maha Satu . Walaupun kita tidak mencari cinta kita namun jika ada jodohnya pasti dia milik kita .
Dalam fenomena sekarang , bagaimana pula dengan cinta jarak jauh ? Pelbagai perasaan menguasai diri apabila bercinta dalam jarak jauh . PRASANGKA BURUK , BOSAN , TIDAK PERCAYA dan sebagainya . Tetapi jika jauh di sudut hati kita mempunyai sikap percaya antara satu sama lain pasti hubungan lebih sempurna . Jika mempunyai perasaan bosan kepada pasangan , apa perlu kita buat ? Mesti ada walau 1% . Kerana melihatkan pasangan pada zaman sekarang semua mengaturkan pertemuan setiap hari . Bukan itu yang harus dipandang . Kerana setiap insan harus pandai mengatur jalan hidup masing-masing dan membezakan yang mana baik dan buruknya . Bercinta pada zaman sekolah akan mengganggu 'study' kita ? Tapi ada yang bercinta sudah lama tapi prestasi dalam peperiksaan elok je ? memanglah ... pada sudut ini juga tidak boleh dipandang . jangan terlalu bermegah dengan kesempurnaan diri yang dimiliki sekarang . Ada hikmah bagi setiap kejadian . Jika banyak dugaan yang diberikan oleh Allah maka Allah SWT amat menyayangi insan tersebut kerana Allah SWT terlalu memberikan perhatian kepada umatnya untuk meningkatkan lagi ketaqwaan kepada-Nya . Jika ada jodoh di antara kita pasti jugak suatu hari nanti kita akan berjumpa . Jika tidak bukanlah rezeki kita untuk bersama . Allah SWT sahaja yang dapat menentukan segalanya .
HANYA MENUNGGU
?DENGAN SIAPA
?DIMANA
?JAM BERAPA
?BAGAIMANA