Aku pilih sabar

Sempat aku selitkan sedikit coretan ini selepas usai sahaja solat maghrib.



Dalam sebuah kehidupan, banyak sifat yang menguji keimanan dan ketaqwaan kita. Tetapi semua itu kembali kepada sifat yang satu ini. Aku pilih sabar.
Memang kadang-kadang kita akan kecundang daripada sifat ini, dan kadang-kadang sifat ini akan menyemarakkan hati apabila kita adalah seorang yang beriman. Aku nak cerita dengan hidup aku. Banyak sangkutnya sifat ini dalam kehidupan aku. Terkadang sifat ni tewas daripada menguasai diri aku, tapi kadang-kadang sifat ini berjaya jadi penawar dalam hati aku. Tapi itu yang orang tak nampak bila aku BERSABAR. Orang akan kata LOSER. Mulut orang, apa boleh buat, takkan nak batakan mulut dia? takkan nak letak cuka asid kat mulut dia? Hmmm, berbalik kepada sifat , sabar... Dalam pada itu, sifat ini mencerminkan aku yang kalah. Banyak yang membuatkan aku nampak kalah. Tapi kita kena ingat, sifat yang sabar adalah sifat orang yang menang walaupun aku sendiri tahu kemenangan itu bukan daripada penglihatan dengan mata kasar, tapi penilaian daripada hati yang memahami. Banyak..


  • Bersabar dengan orang. Pedulikan lah apa orang nak ejek kita, caci kita, maki kita, fitnah kita, yang penting sabar.. Kerana semua tu kerja Allah SWT untuk membalas kita hanya berdoa sahaja. Mudah kan kerja. MUDAH
  • Bersabar dengan kawan. Apa? Kawan kita khianat kita? Dia mulut tempayan? Buka rahsia kita kat orang? Mula-mula kita marah.. Lama-lama cuba kita fikir, kerja kita hanya satu iaitu berdoa. Berdoa supaya Allah SWT sedarkan dia dengan apa yang dia buat, sedarkan dia jangan jadi mulut tempayan. Sedarkan dia, dia juga manusia, bila-bila sahaja hal yang dia boleh terjadi pada diri dia balik. Yang penting kita SABAR..
  • Bersabar dengan ilmu dunia. Siapa sangka kan, ilmu dunia pun boleh buat kita hilang sabar. Contohnya, ilmu ekonomi, bagi aku dulu sewaktu di tingkatan 4 dan 5 aku sangat sukakan subjek ekonomi. Tak sangka bila aku masuk kolej subjek tu yang boleh buat aku hilang sabar . Hehe. Kalau cerita kat orang , orang akan cakap kenapa dia boleh tapi kau tak boleh. kan? Hmm. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan lah. Mungkin itu kelebihan dia untuk mudah memahami ekonomi, tapi kelebihan aku pada melukis, sesuatu yang berbeza dalam diri seseorang. Oleh itu, aku perlu sabar habiskan 2 semester bersama ekonomi sehingga satu peringkat aku dapat keputusan yang menyenangkan hati aku :) Alhamdulillah.. yang penting kita SABAR menempuhi dugaan..
Setakat ni dulu, nak tulis banyak tapi azan isyak dah berkumandang, memanggil hamba Allah untuk menyembahNya.. Assalamualaikum..