Kolej Matrikulasi Perlis

Bergelar Pelajar Matrik

Bermacam-macam ragam apabila kaki menjejak Kolej Matrikulasi Perlis. Dari hari pertama tibanya di sini, 28 Mei 2012, aku bergelar pelajar Matrikulasi Perlis. Rasanya, perasaan tidak dapat aku gambarkan. Pelbagai angan, impian dan mimpi yang aku ciptakan sendiri jauh di sudut hati. Bermula hari pendaftaranku di perpustakaan KMP, aku ditetapkan di sebuah bilik di Blok A3, aras 3, bilik 310. Siapa penghuni yang akan dapat bersama aku?

Aku mengusung sebuah beg bagasi dan beberapa beg kecil bersama kedua ibu bapaku. Sedih melihat pengorbanan kedua ibu bapaku yang turut membantu aku membawa barangan ke tingkat 3. Sedikit sebanyak perasaan serba salah terbit jauh di sudut hatiku. Mungkin di sinilah akan bermulanya, pengorbanan yang patut aku lakukan untuk kedua ibu bapaku seperti mana mereka mengorbankan tenaga, kasih sayang dan pelbagai perasaan sambil berjuang menjaga dan membesarkan anak-anak mereka. Syahdu rasa hatiku apabila mengarang tentang perasaan ini.

Sesungguhnya, siapalah aku untuk tidak berasa apa-apa apabila menceritakan mengenai perasaan. Aku juga manusia yang punyai perasaan.

Tiba detik jam terakhir sebelum terpisahnya ibu bapa dengan anak-anak mereka yang telah didaftarkan di KMP. Aku berasa sangat sedih, tetapi aku memaksa hatiku untuk menjadi seperti sekeras batu. Supaya aku tidak menunjukkan perasaan sedih untuk berpisah dengan kedua ibu bapaku. Aku takut untuk menunjukkan perasaan itu kerana aku tidak pernah berpisah dengan mereka untuk masa yang terlalu lama. Aku ingin menunjukkan kepada mereka bahawa aku kuat untuk lalui kehidupan di sini sebelum pulang ke rumah semula apabila cuti semester 1 nanti. Aku berasa malu kepada ibu bapaku andai air mataku menitis di hadapan mereka kerana aku bukanlah seperti mana yang mereka lihat di rumah, aku bukanlah seorang yang lemah lembut tetapi dalam kekasaran aku, tertanam kelembutan yang tidak dapat dilihat kerana aku sendiri yang sembunyikan kelembutan tersebut.

Aku harus memikirkan cara untuk tidak menunjukkan kesedihan aku apabila ibu bapaku ingin berangkat pulang ke Pulau Pinang. Nasib baik kawanku, Diyana tiba tepat pada waktunya seketika ibu bapaku ingin pulang. Setelah bersalaman dengan kedua ibu bapaku, aku memeluk erat ibuku, dengan tidak tentu arahnya aku menahan air mata yang sedang deras keluar daripada kelopak mata. Aku bersama Diyana berjalan sambil menceritakan perasaan kedua-duanya apabila ditinggalkan oleh ibu bapa sendirian di sini. Namun, atas nasihat dan kekuatan kawan-kawan yang lain, aku turut berasa kuat untuk terus berada dan berjuang di KMP.

Mengenalimu suatu anugerah

Seminggu Majlis Orientasi diadakan untuk menyesuaikan pelajar di KMP dan mengajar selok belok, peraturan dan bermacam-macam lagi sepanjang berada di KMP. Dengan seketika aku mengenali Pengarah KMP iaitu Datin Hajah Azuyah binti Hassan ketika beliau berucap di Majlis Penutup Minggu Orientasi, aku rasa beliau seorang yang penyayang dan sangat mengambil berat tentang pelajar KMP. Beliau sangat berharap bahawa warga KMP akan menjadi insan yang berguna dan dapat melahirkan warga KMP yang bermutu apabila tamatnya sesi pembelajaran di KMP kelak. Aku berasa sangat bangga dengan kehadiran seorang Pengarah yang bersifat keibuan walaupun beliau bukanlah ibuku. Dengan kata-kata beliau yang sangat mudah untuk diingati tetapi mempunyai makna yang tersirat. Terima kasih cikgu :’)

Kerinduan

Berjauhan dengan keluarga untuk masa yang lama tentu terbit rasa rindukan? Begitu jugalah dengan diri aku. Aku boleh hitung berapa kali sahaja bercakap dengan ibu bapa aku melalui telefon. Mungkin orang akan cakap, aku tak ingat ibu bapa. Tapi hatiku hanya Tuhan saja yang tahu. Rindu sedalam-dalamnya sehingga tak dapat aku luahkan pada sesiapa. Tetapi makin aku melayan perasaan rindu ni, makin dekat kesedihan dengan diri aku. Aku harus kuat! Aku harus keraskan hati! Aku boleh sms tapi aku perlu jarangkan telefon kerana, dengan mendengar suara syahdu kedua ibu bapaku sahaja, air mataku boleh bertakung sebelum menyatakan kerinduan. Aku tidak mahu memberi anggapan kepada kedua ibu bapaku bahawa aku dalam kesedihan menanggung rindu. Aku tidak boleh mulakan kesedihan dan aku tidak suka kesedihan.

A3T3.10

Setelah seminggu di KMP, aku dapat bergaul mesra dengan roommate ku yang begitu baik, mesra, dan suka menolong serta berkongsi makanan. HAHA! Pada mulanya, aku masuk ke bilik, aku berfikir bagaimana untuk aku kenali kawan-kawan roommate ku. Adakah mereka sekepala ataupun skema sentiasa. Aku langsung berdoa semoga aku dapat roommate yang sekepala denganku. Ya! Doaku dimakbulkan. Hidayah dan Nabihah adalah roommate sebilik denganku. Hidayah yang berasal daripada kedah, kini menetap di Perlis, jadi rumahnya tidak begitu jauh dari KMP. Manakala, Nabihah AKA Bihah berasal daripada Terengganu. Seronok dapat mengenali keduanya kerana perbezaan dialek yang digunakan dalam percakapan. Kadang-kadang geli hati apabila masing-masing tidak memahami isi yang dipertuturkan sehingga perlu ada penterjemah untuk memahami pertuturan masing-masing. Seronok juga apabila dapat mengenali kenalan baru dari pelbagai corak bahasa, dapat mempelajari sesuatu yang baru. Mungkin ini juga salah satu hikmah mengapa aku dihantar jauh ke sini. Takdir telah menemukan kita semua. Aku bersyukur dengan segala takdir yang telah melintasi garisan kehidupanku. Aku berjaya lalui segala takdir dengan rasa syukur.

Tetapi 3 orang roommate sebilikku yang lain agak lambat aku kenali. Kerana bahagian bilik dipisahkan dengan bilik belajar di tengah bilik. Dan kami berenam mula rapat setelah malam bacaan Yasin. Atas kejadian yang berlaku merapatkan kami berenam. Kami berkongsi makan, minum, ilmu dan sebagainya. Tetapi tetap ada batasnya. Aku rasa seperti mempunyai keluarga baru di sini dan kadang-kadang aku berasa seperti menghadiri kem anak dara tua. HAHA! Kerana, segala keperluan adalah tanggungjawab sendiri. Cuma menunggu jodoh sampai. Apalah yang aku merepek sudah ni. Bergurau ok ;D

3 orang roommateku yang lain bernama Hanim yang berasal dari Klang, Aina, Kuala Lumpur dan Mek, Kelantan. Majoriti di sini lebih ramai orang Selangor dan KL. Kalau nak outing, tempat yang paling dekat untuk berbelanja barang keperluan di daerah Arau, jadi dari KMP , kena ambil teksi lah. Tambangnya lebih kurang RM10-12. Kalau naik ramai-ramai boleh berjimatlah. Setakat 3 mingguaku kat sini, 3x dah aku keluar. Hahaha! Pulun kan, asyik keluar je.

Banyak perkara yang telah aku lalui di sini, kerenah kawan sebilik, kawan sekuliah, pensyarah dan ramai lagi. Tetapi, itu semua tidak menjadi penghalang untuk aku teruskan perjuangan aku di sini. Sebaliknya, ia menjadi kekuatan untuk aku terus mempertahankan niat aku untuk habiskan 2 semester dengan cemerlang di KMP.

Dalam masa 3 minggu sahaja aku di sini, aku dan kawan-kawan yang lain telah menciptakan pelbagai corak pelangi di dalam bilik 310 ini. Keriuhan berpanjangan dan berlarutan tidak mengira waktu meskipun orang di luar menganggap penghuni 310 jarang keluar bilik dan melepak di luar untuk menunjukkan muka. Walhal, aku dan penghuni 310 lebih suka habiskan waktu di dalam bilik untuk belajar sambil berhibur. Kami akan belajar bersama dan saling bertukar-tukar pendapat, ilmu dan berkongsi suka duka. Aku berasa sangat bertuah kerana kenalan A3T3.10 adalah kawan yang sangat ramah, penghibur dan periang. Syukurrr…. Walaupun kami semua datang dari corak kehidupan yang berbeza tapi di sini kami menciptakan corak bersama dan menghasilkan pelangi yang menawan.

Kehadiran 5 orang roommate dengan pelbagai sikap dan kerenah menimbulkan suasana unik dalam bilik 310. Ada yang perangai kebudak-budakan, gila-gila, lemah lembut, suka menumbuk, suka buat pasal, suka gelak, suka buat lawak, macam orang hilang akal pun ada, nak dikatakan, macam-macam ada lah tetapi tetap comel meskipun perangai sengal-sengal belaka! Nak rasa, jadilah penghuni 310 dan berkanalan lah dengan semua penghuni. Roommate aku semua comel-comel, lawa-lawa, tinggi sikit, pendek sikit. HIHI! Setakat ni, tak ada lagilah kot yang nak terasa apa-apa. Aku harap tak ka nada lah sampai bila-bila sebab semua tu akan menjejaskan persahabatan je kan? Siapa nak macam tu, memang orang yang tak suka keamanan lah.

Petang-petang pula, kalau ada masa terluang, kami akan pergi berjoging, naik basikal dan jalan-jalan keliling KMP. Enjoy lah jugak, boleh buat peluh kan, hilangkan stress, bak kata kementerian kesihatan, amalkan gaya hidup yang sihat. Dan pelajar cemerlang mana pun akan cakap, untuk kekal sihat dan bertenaga, bersenam perlu untuk melancarkan darah dalam badan kita supaya dapat mengepam oksigen ke seluruh badan, bila kita belajar nanti, barulah mudah terima sebab oksigen cukup untuk tamping tenaga yang kita perlukan, ye takkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk?

Episode the best of the best

Kami suka belajar waktu malam sebab mungkin suasana yang lebih aman, senang nak belajar sebab sunyi, ataupun kerja tu memang kena hantar esok hari! Sebelum tidur, mesti la nak ke bilik air, kalau pergi tu tak boleh dah pergi sorang-sorang macam waktu siang. Semua akan rasa takut bila tiba waktu malam. Suasana berlainan kan. Mesti akan berdua atau bertiga. Lepas tu lawan menunggu lah kat luar bilik air suruh cepat-cepat.

Bila malam tidur lewat untuk selesaikan kerja ‘sekolah’, pagi esok mesti liat sikit nak bangun, tapi gagahkan jugaklah, takkan nak datang lewat ke kuliah. Takkan nak ponteng jugak kan. Masuk dewan kuliah, boleh tahan lagi. Tapi bila pensyarah sampai je, mata ni mula lah rasa berat. Doa belajar dan baca pun, syaitan nirrajim bergayut jugak kat mata ni. Bermulalah, sesi zikir beramai-ramai. Terangguk-angguk! Orang yang tengok pulak, tolong bacakan zikir ikut kepala si mengangguk tu… hahhh, macam-macam kan.

Bagi aku, bila masuk keals English pula, bahasa Melayu tak boleh digunakan langsung, teacher nak dengar English version je. Pernah sekali aku terkantoi berbahasa Melayu walaupun aku berbisik, kenalah tegur dengan teacher tu. Hehe! Lepas kena tegur tu, aku cakap ‘OH MY ENGLISH!’ dan terus berbahasa English daripada kelas English sampai ke bilik walaupun English broken. Nak buat macam mana kan, aku buta English sikit. Berterabur macam ayam berak kapur je. Kawan aku yang dengar aku speaking pun tergelak-gelak sebab aku merepek je. Yela, teacher nak sangat kami berspeaking, aku speaking sungguh lah walaupun English broken. Nak improve lah katakan. Aku sendiri nak tergelak dengar apa yang aku cuba cakapkan.

Kawan aku pernah bagitahu, kalau taknak mengantuk waktu belajar, niatkan sebelum berangkat ke kelas ‘aku taknak mengantuk’. Aku pun niatlah macam tu esok pagi sebelum pergi kelas, tapi aku tetap mengantuk dan tersengguk-sengguk. Bukan itu saja , mengantuk aku lagi bertambah tahap apa pun aku taktahulah. Kadang-kadang aku cuba tidur awal pun, mata aku tetap mengantuk, dan Nampak kesan sebam. Ramai perasan dan aku terpaksa cover dengan memakai eye glass.

Tiba waktu malam, kalau rajin, aku akan buat temu janji dengan kawan aku untuk pergi pustaka. Harapkan kesejukan dalam pustaka dapat tambahkan focus aku untuk belajar tapi tidak! Aku lagi rasa main-main, kadang-kadang masuk main gelak-gelak je tapi kerja terbengkalai. Lagi baik belajar dalam bilik. Kadang-kadang, rasa mood nak study tak habis-habis kesat tangan sebab kesejukan pulak. Bila nak kerja nak siap kalau asyik buat kerja lain.

Makan pulak, aku suka pergi kedai kek dah sekarang, sebab nak beli roti bun untuk makanan segera sebab aku kerap lapar duduk sini, cuaca kat sini pulak panas, bila pergia kafe, minuman yang paling utama aku cari ialah air soya ais. Ni yang paling aku rasa janggal sangat, sebab bila abang yang jual air tu Nampak je muka aku, mesti senyum-senyum mungkin sebab aku hari-hari minta air soya walaupun tak ada air soya untuk haritu. Sampai aku rasa malu nak tnaya ‘ini air apa?’ sebab rupa air honeydew macam air soya. Aku pun senyum je la, malu. Aku suka pergi kafe A sebab dekat je dengan Komsas aku, sebelah-menyebelah je. Harga aku tak kisah sangat kalau dah tersangat lapar. Sapu je apa yang ada. Itulah aku.

Selipar aku yang kehausan tapak, itulah yang aku bawa pergi masuk bilik air, bilik basuh baju. Memang selalu aku hamper-hampir jatuh tapi tak pernah jatuh, sebab aku tak harapkan aku akan jatuh pun. Tapi macam mana taktahulah kan, dengan yakinnya aku berjalan akhirnya jatuh jugak atas lantai macam nangka wangi :D haha! Malu tak malu lah, buat muka tak bersalah je tapi bila masuk bilik tu malu jugak dengan roommate sebab dia Nampak dari belakang macam mana aku jatuh terduduk depan bilik air tu. Memang licin kat situ sebab, kadang-kadang air sabun buang depan pintu bilik air je. Agak-agakla kan, pernah tak sebelum ni penghuni Komsas Siti Khadijah jatuh dalam bilik air? HAHAHA! Gelak sakan kawan aku sorang tu, tergolek-golek dalam dorm punya cerita kat kawan roommate aku ni. Wah-2! Terbaik ni!

Lenguh menaip dah ni, cerita lain sambung episode akan datang pulak keyh!

Btw! I love ekonomi, matematik, bisnes, akaun, English! Macam kawan aku cakap, kita kena sayang gila-gila dan gila kepada sesuatu subjek supaya ilmu itu akan sayang kita!