Happy surprise For Me T_T

Assalamualaikum. Hye!

Apa cerita sekarang? Entri terakhir pasal Webby dengan teman-teman. Sekarang ada cerita baru sebab tu buat entri baru ni.
Apa cerita baru tu? Tajuk nampak best ke?
Baca entri aku dulu.

Aku memang dah lama pasang niat nak keluar jalan-jalan sama-sama dengan geng sendiri ni. Tapi awal-awal dulu masing-masing sibuk dengan kerja kan. Takda masa.
Sekarang disebabkan tinggal lagi sebulan baki cuti sebelum masing-masing bawak haluan ke institut pengajian tinggi, ramailah yang dah pencen.
So, adalah masa nak plan macam-macam.
Aktiviti kumpulan GBB plan adalah main boling di ole-ole seksyen 18 Shah Alam.

Hari Rabu 2 Mei 2012, kami semua berhimpun dekat ole-ole pukul 10 pagi. Setiap pertemuan mesti lah ada kenangan kan, jadi, kenangan lebih senang di imbau kalau ada gambar, Miyra bawak kamera.

Cukup 8 orang yang datang boleh bahagi kepada 2 kumpulan pasukan boling. HAHA
Geng aku nama cekodok ahlinya, aku, Miyra, Wana dan Nadhirah.
Lawan dengan geng ketupat ahlinya, Diyana, Iera, Faar dan Nina.
Game ni suka-suka je takde hadiah untuk pengutip mata tertinggi. Akhir sekali yang menang Iera. Memang terer. Aku pulak T_T awal-2 game dah longkang, sampai ke pertengahan game aku terkejut sebab bola slow tapi strike. Fuhhhhhhhhhhhh! Bayangkan tak? Terer tak bola tu? HAHA

Lepas habis 20x baling bola untuk seorang, kami cari kedai makan macam foodcourt rasanya. Aku tak selera nak makan sebab kenyang lagi kuih pagi tadi. Aku dengan Miyra order ABC. Hmm.. taknak complain lah rezeki kan, las-2 aku bagi Nina habiskan. Dalam kesibukan tulis ucapan dalam setiap kad tu, rupa-rupanya ada kejutan bhai untuk aku dengan Miyra. Apa nih, aku dah terharu , terkedu, terkalu, macam tak boleh nak kata apa, tak boleh bergerak dah.

Ada kek weh, nampak lawa gila! Special sempena birthday aku pada 29 April yang lalu dan Miyra 27 Februari yang lalu. Aku ingatkan datang situ gath untuk semua sebelum pergi sambung belajar, tapi macam dah lain ni.
Aku bersyukurnya! Tak pernah ada kawan aku y buat kejutan sampai macam ni. Tanpa aku sedari. Bukan aku cakap kawan aku lain tak sweet, tapi aku bagitahu takde lagi. Mereka sweet gila.
Lepas tu makan suap-2, ambil gambar, makan-makan, ketawa, gelak, menangis macam-macam hal lah. Aku juga dapat greeting card dari salah seorang kawan :) TQ very much, so sweet. Aku suka sticker-2 yang ada kat kad tu. Hihi!

Dalam pukul 12 tengah hari , kitowang pergi pusat karaoke dalam Ole-ole tu jugak, naik eskelator sampai lah, muahaha! Senang kan kemudahan y ada sekarang nih. Jimat masa , tenaga dan wang.
Macam-macam lagu kitorang tarik , lembut gemalain pun ade sampai tak boleh nak lembut dah, ada yang rock, ada jugak yang sibuk nak nyanyi lagu bilik sebelah(Miyra) HAHA!
Happening gila haritu, saya enjoy!!! Tapi aku tak boleh lama, aku kena balik pukul 1 tengah hari. BTW, thanks kawan. Aku sangat-sangat lah appreciate. Tak terkata tak terlauh dari bibir!

Sini ade gambar dan caption for our best memory ^^


Aku dengan Wana, ada kat rumah lagi, Tengah bersiap untuk bertolak ke Ole-ole :)




Wana dengan Faar depan Ole-ole :)



Game sudah bermula :) Nina tu sengih sebab dapat strike kot. HAHA


Aku disamping Nina dan iera berbaju ungu dua-dua tu, Cun lah berjanji . HAHA :)



Faar :) Dah ada orang baru tak boleh ngorat tau :D


Habis bowling, kita buat acara yang bagi aku sedih dan terharu ni, nampak sedap kan kek tu, lawa lagi. Memang sedap! Lebihnya aku bawak balik, aku makan sorang sekarang dah habis. Kami potong kek sama-sama. So sweet. Kalau lah dah kawin nanti ... potong kek dengan suami pulok ^^


Ni lah iera pemenang bowling tu. Semua dikalahkan oleh si dia, baju purple ada 'ong' patut aku pakai baju purple pun takpe ! :)



Gambar berterabur tak ikut urutan. Hentam sajalah :)


Kalau dah asyik bergambar je bila lah nak makan kek tu bhai :)


Mereka sedang menuruni tangga elektrik. HAHA! Ayat! Ni nak pergi makan nih :)


Kan dah nangis, korunk berjaya buat aku terharu gila ! :)


This is diyana :) Baik , lemah lembut dan pandai . Dah berpunya jangan kacau. Yang lain takpe, muahaha ! :)


Aku baling bola tu lambat-lambat tiru gaya yana, first je strike las2 tu bola tu dah muak tengok muka aku :)


Background look nice sebab tu aku nak bergambar kat situ :)




Inilah greeting card from faar :') Lawa tau, aku suka. Paling aku suka sticker-2 timbul tu, sebab tu aku lightkan gambar ulat tu :) Aku nak simpan tunjuk kat anak cucu :)

Dah tengok semua? Terima kasih :) Sampai sini je ye. Jumpa lagi kalau ada entri best menarik.

Credit : photo : Miyra adrenalin