KL

Assalamualaikum Readers :)

Cerita ni minggu lepas punya tapi Hanani saja nak cerita sekarang, sementara takdak keja dan rasa suka dekat blog nih. 8.2.2012 Hanani pegi Kuala Lumpur dengan kawan , itulah 1st time pergi sorang-sorang dan sampai ke KL tuh, sebelum ni tak pernah langsung lah, yelah, memang tak ada apa Hanani nak buat kat sana. Tapi sebab nak jumpa kawan yang dah 5 tahun terpisah ni, gagah la. HEE~ :D Nama dia Farah diyana. Kenal dia sejak Hanani darjah 3 dan mula rapat sejak darjah 4 sebab masa tu baru masuk sekolah baru dan nak cuba sesi kenal mengenal. Tada beza lah kot dari dulu sampai sekarang yang dah 5 tahun berlalu cuma ketinggian dia. Yang sama, GELAK TAWA yang dikenali sebagai RATU GELAK kat sekolah. HAHAHA! Happening sangat kelas kalau dia ada. Untuk sambung cerita ni, mari mulakan. Naik KTM pukul 10.30 dari Stesen Batu Tiga. Sampai sana pukul 11 lebih lah kot, tapi dowang lambat. :'( Sedey 2 jam tunggu. HWAHWA! Takpa, demi kawan lama. Pukul 12 dia sampai dengan kawan lagi 3 orang :) Dapat kenal dengan kawan baru, tapi Hanani tak berapa stalker dengan dowang. HIHI! Memang lah, baru berapa jam kenal, shy lah jugak, takkan nak tunjuk 'kerek'. Dowang takpelah, memang kawan satu sekolah kan. Tapi kawan dia oke-oke lah. Mahu jugak bercakap dengan Hanani yang kampung ni :) Makan pulak, kat KENNY ROGERS ROASTERS,BERJAYA TIMES SQUARE. Almaklumlah, Hanani budak kampung je, tak reti nak makan ala-ala barat ni. Main order je sebagai alas perut, kalau tak nak order makanan ringan-ringan je tapi Farah pulak cakap tak payah, kan dah tak abis makan. Yela, Hanani nak pilihlah yang murah sebab orang belanja, takkan nak mintak lebih-lebih. ish2,kamu ni Hanani. Habis makan, pergi jalan-jalan dan terus ke REDBOX. HUH! Masa tu memang dah tak larat sebab dorang suka berjalan(kalau Hanani, suka lagi lepak-lepak satu tempat lama-lama, tak banyak berjalan),tambahan pulak, malam tu, Hanani tidur lambat sebab ralit ber-skype. Nak nyanyi pun dah malas, tambah nak bukak mulut -,-' nak tertidur je rasa sebab dari dalam KTM pun dah rasa sleepy gilo! Dah puas dan borink semua menyumbangkan suara, balik!



*ni lah kawan yang 5 tahun tak jumpak tu, FARAH DIYANA*



*ini YASMIN, kawan yang baru kenal. Suara sedap(terer hip hop english version) :)*




*BERJAYA TIMES SQUARE*


*KENNY ROGERS ROASTER*

Done!