saya nak jaga hati awak

hmm ..
seronok dapat kenal dengan awak
mula-mula kita kawan
lama-lama kita cintan
bahagia hari-hari lepas tu

awak selalu sms saya
awak bagi ayat-ayat jiwang
tersenyum saya sorang-sorang
baca mesej awak ulang-ulang

saya selalu alert bila dapat mesej awak
bila bunyi fon
mesti saya harapkan tu mesej dari awak
dengan pantas je saya balas mesej awak

setiap kali mesej awak
tanya apa saya tengah buat
semua sama
walaupun kadang-kadang saya tengah buat kerja
semata-mata taknak berhenti mesej dengan awak

saya tahu bila saya selalu cakap benda yang sama
awak mesti pelik
awak kata saya tak ada kerja lain ke nak buat
saya mampu tersenyum dari jauh
saya bohong pun awak bukan tahu

setiap saat saya rindu awak
setiap mesej awak bermakna bagi saya
sebab tu saya taknak berhenti mesej dengan awak
saya terlalu fikirkan pasal awak

saya takut kehilangan awak walaupun sekejap
saya takut bila saya berhenti mesej awak
awak akan kecil hati
awak akan keluarkan ayat-ayat pasrah
walaupun awak cakap taknak nganggu saya
tapi saya tak boleh

semua semata-mata kerana nak jaga hati awak
semua semata-mata sebab sayangkan awak