Ibadah puasa adalah fardhu ain bagi seluruh umat Islam . Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari sehingga terbenam matahari dengan niat .
Pagi-pagi disunatkan bersahur supaya kita mempunyai tenaga yang cukup sehingga berbuka nanti . Bila tak bersahur , bangun tengah hari , terlapar-lapar . Bulan-bulan puasa ni adalah dugaan untuk kita . Kalau panas sikit tu , dahaga air . pergi sekolah , letih nak makan , tidur sampai buka puasa kalau boleh . tapi tak boleh . Kena lah tahan . tidur lama nanti makruh . Jangan pula ada yang duduk bertenggek dalam bilik air . Kononnya , nak mandi . Keluar bilik air bertenaga semacam je (minum air) . ish3 , tak baik macam tu . yang tidur lama ni pulak sebab fikir sementara tunggu waktu berbuka yang agak panjang lagi , tidur boleh memendekkan masa . bila bangun nanti boleh terus makan berbuka je kan .. ? haha ! Memang lawak . Admin pun pernah buat macam tu , tapi lepas kena tegur , admin tak buat lagi . nanti sia-sia admin puasa tak dapat apa pulak kan .
Waktu berbuka pulak . mentang-mentang lah dari pagi tak makan , bila berbuka tangan tu macam kilat sambar makanan berebut letak dalam pinggan . takut-takut nanti melepas nak makan itu ini . Padahal dalam pinggan sendiri tu dah penuh sampai nak tumpah-tumpah dah . Tamaknamanya tu . kita kena amik satu-satu . Rezeki depan mata , tak perlu berebut . Nanti berlaku pembaziran bila semua lauk-pauk , kuih-muih disumbatnya dalam perut sampai tak sempat nak hadam .Las-las baru buka kedai lelong . "Lelong-lelong ..! sapa nak makan baki dalam pinggan saya ni . tak larat nak abiskan lah ..!" .macam tu lah jadinya .
Lepas isyak . tarawih . Biasa lah . solat sunat . dapat pahala yang berlipat ganda . kalau siapa yang tahu hikmah solat sunat tarawih dan ganjarannya di akhirat nanti mesti rasa nak pergi solat selalu dan taknak "miss" . ada yang pergi terawih sebab nak makan moreh :) moreh sebagai niat tambahan . tapi solat kena ikhlas baru berkat , kan . kalau tak mahu solat sunat penuh pun buat yang mampu je , kalau tak larat , duk je kat belakang makmum yang lain rehat kejap ke . tadarus ke .
k . sampai sini dulu admin berbicara . semoga menjadi ikhtibar buat kita semua :) sekian , terima kasih .
*selamat tinggalkan komen :)*