
Malam ni 28 julai 2011 berlangsungnya satu lagi perlawanan bola sepak negara antara Malaysia menentang Singapura . Negara seberang je di stadium Bukit Jalil . Malam ni 1 family admin tengok bola ramai-ramai . Keadaan mula-mula boleh dikawal lagi . Tapi bila sudah lama tengok pasukan Malaysia beraksi dalam keadaan yang sukar untuk mendapatkan jaringan gol , keadaan di rumah makin tak terkawal . Amat riuh rendah ..!

Pemain negara yang admin minat tentu lah penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat :) cara yang dipertontonkan di khalayak ramai , cara yang sangat tangkas menyelamatkan bola daripada kaki lawan begitu memukau 1 family admin . Setiap kali beliau dapat mendakap bola keluarga admin bersorak n memuji beliau . Then , penjaring gol terbaik : Safee Sali . Hehe . Admin suka tengok beliau ni . Memang berharap beliau dapat menyelamatkan pasukan negara walaupun 1 gol . Bila 1 gol dijaringkan selepas 60 minit bermain , dengar sorakan daripada penduduk kuarters ni .
Bagusnya rakyat Malaysia yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi walaupun bukan pemain tetapi mempunyai sikap prihatin n bangga terhadap negara . Masa menyanyikan lagu Negaraku pun suara penyokong begitu semangat sekali kan ? dengan kehadiran penonton 90 ribu . Itupun las-las minit ada juga yang datang tunggu depan kaunter mana tahu tiba-tiba kaunter buka untuk jualan tiket lagi . Kesimpulannya , pemain Malaysia mempunyai semangat yang tinggi dalam berusaha menaikkan nama negara Malaysia ! MALAYSIA BOLEH ! akhir keputusan 1-1(sama) tapi keseluruhan perlawanan Singapura lah menang . Takpe Malaysia ..!Walau macam mana pun , aksi pemain memang terbaik n menunjukkan usaha :)