"sangat lah bodoh nya diri aku bila orang pandang rendah dengan potensi diri sendiri ni . bukan aku tak mampu nak melangkah jauh , tapi dengan usaha yang aku buat selama ni , aku rasa itu sajalah hasilnya . memang aku tak sepandai "sis nur amalina che bakri" , tapi apa yang aku selalu dengar "buat yang terbaik , semampu kekuatan diri,jangan terlalu memaksa sehingga boleh jadi gila " kata orang-orang . then , i do my best lah !
aku tak nak jadi gila . nanti mesti semua orang taknak jaga aku , taknak pandang aku tepi jalan . aku pun kesian orang gila kat tepi jalan at the same time takut sebab dorang makan kutip sampah , tido atas kotak , orang jauhi , kena ejek hina , tak boleh berkawan(hanya dengan sestatus) . kalau aku memang ditakdirkan untuk kerja kat MYDIN aku sanggup sampai mati pun (ASALKAN HALAL !) , jangan dihina orang yang hanya bekerja tak sepangkat datuk datin tan sri puan sri .
memang ALLAH SWT dah tetapkan kepada hambaNya setiap orang dengan rezeki masing-masing dan bahagian masing-masing . bukan sebab tak cari rezeki yang lebih banyak tapi kalau begitulah QADA' DAN QADAR kita . BERSYUKURLAH PADA YANG MAHA PEMBERI REZEKI . kalo kita tak bersyukur dan terlalu taksub dengan rezeki yang ada dengan sekelip mata sahaja segala-galanya hilang dari kita . Pada masa tu mulalah kita mencari orang yang kita pernah rendahkan dulu untuk meminta "pengalaman hidup beliau walaupun hanya sekadar cukup-cukup makan" .
aku sekarang bersyukur sangat dengan segala nikmat kehidupan yang aku dapat , keadaan yang sederhana , apa yang aku nak aku cuba usahakan sendiri kadang-kadang hal-hal keperluan harian aku kumpul duit sendiri , sebab malu nak hulurkan tangan minta kat mak ayah duit nak beli itu ini . pergi sekolah kena budget duit , nak simpan sikit untuk keperluan sekolah , buku-buku semua . memang kadang-kadang aku terfikir , walaupun aku pelajar , memang patut kan minta duit kat mak ayah untuk beli keperluan sekolah . tapi kenapa aku perlu malu ? "sekarang masa kau belajar , kau belombekerja , memang patut kau minta . mereka ada tanggungjawab , tanggungjawab mereka memberi nafkah kepada anak-anak , tambah pulak masih bersekolah " . tak , aku tetap segan , malu , tak sampai hati bila minta duit , tengok muka mak ayah macam tak ada duit , ke aku yang perasan mereka macam tu padahal duit mereka banyak !
entah la , serba salah . kalau rasa aku sudah tak ada harapan untuk maju pada masa depan nanti , berhentikan aku dari sekolah biar aku bekerja berdikari mencari duit . dalam hati aku berbisik jugak , ayah aku kerja pun rendah kenapa pressure aku macam ni . aku faham dia tak mahu anak dia jadi macam dia tapi dia kena faham tekanan yang diterima oleh anak dia kat sekolah . bukan pergi sekolah bersuka ria BERPARTI hari-hari tapi usaha perahkan OTAK , menahan telinga dengan cikgu sebab bila tanya soalan kena marah tapi bila tak faham suruh tanya ! mak ayah taktahu perasaan anak bila di cemuh . mereka hanya kata "letih hantar anak-anak ke sekolah, pergi sekolah main saja!" . kenapa ?! mereka datang ke jenguk apa anak-anak buat kat sekolah ? kalau datang betul , tentu mereka tahu anak-anak juga bersusah payah himpitkan ilmu dalam kepala sampai susah nak fikir hal lain ? semua untuk kemahuan siapa ? untuk mak ayah ... sebab aku tahu mereka juga pernah cakap "mak ayah susah payah besarkan kamu dari sekecil tapak tangan sampai sekarang" .. sekarang tibalah masa untuk aku sebagai pelajar membalas jasa itu .
tapi sebagai mana mak ayah bersabar membesarkan aku , aku juga kena bersabar mendengar tomahan dari guru-guru kadang memilih kasih , mengajar hanya pada yang disukai sampai nak tengok pelajar lain pun tak mahu , bila mengajar mata asyik pandang muka pelajar yang mereka suka . terasanya hati pelajar lain . perlu ke ada guru macam tu ? dalam hati pelajar bertanya , "kenapa cikgu tak pernah sebut nama aku ? pandang aku macam tak nak je ? aku ada buat salah ? muka aku tak cantik macam dia ? aku tak pandai ? macam tak pedulikan aku je ? kenapa aku je asyik kena marah ? pelajar lain ada buat salah tak kena marah sampai macam ni pun ? " .
aduhai . sanggup ke aku bertahan untuk masa akan datang selama aku masih bergelar pelajar sekolah di sini . usaha aku buat cikgu tu perhatian kat aku . tapi ... jelingan yang aku dapat . sedihnya aku , ya Allah . dah tu pulak balik rumah asyik dibeza-bezakan dengan adik-beradik yang lain . bila berlaku macam ni , tekanan perasaan akan muncul dalam diri . kepala selalu sakit pening bila fikir macam-macam
- hal sekolah
- hal guru
- hal ibu bapa
- hal adik beradik
- hal kerja sekolah
aku rasa macam nak mati je dari hidup dibelenggu tekanan dari orang lain yang mengatur hidup aku ! bukan ke hidup aku , buku aku ! hidup kamu , buku kamu . aku akan respect hanya pada yang boleh direspect . aku hanya mendengar pada orang yang mahu mendengar . macam mana aku nak respect pada orang yang tak direspect ? macam mana aku nak dengar cakap orang yang tak mahu dengar cakap aku ? .. "
SUMBER : INTERNET