Cerpen Berangan

setiap yang hidup pasti akan mati .
tiba-tiba terdetik nak post kan tentang entri yang datang secara tiba-tiba dalam kepala pada awal pagi sebelum subuh .

"mak mendapat panggilan telefon pukul 4.45 pagi isnin . aku , mak dan dua beradik yang lain tidur di ruang tamu bersama-sama di hadapan televisyen . ketika telefon berdering , aku agak terkejut kerana apabila aku melihat jam di telefon ku menunjukkan jam 4.45 a.m yang masih awal pagi dan belum masuk waktu subuh . hatiku mula berdebar memikirkan isi berita yang ingin disampaikan oleh penelefon tersebut . aku mengagakkan mesti sesuatu yang tidak baik dan kecemasan . "mak long ?! Innalillah..." ucapan yang keluar dari bibir mak membuatkan aku terus bangun dari tidur di atas sofa . lepas saja mak meletakkan telefon , aku bertanya lalu dijawab oleh mak ,"maklong dah meninggal .." .. "innalillah.."tapi aku menjadi waswas untuk mempercayai kerana tidak mendapat berita tentang apa-apa penyakit yang menyerang maklong . lantas mak menelefon abah .

aku bermonolog di dalam hati , "bulan lepas atuk meninggal .. baru je .. hari ni mak long pula .. Allah SWT dah tarik nyawa orang yang Dia sayangi .. takutnya .. tapi semua orang akan lalui ni .. mungkin lepas ni aku .. Ya Allah , banyaknya dosa hambaMu ni .. pahala aku dah cukup ke ? atau dosa aku lagi banyak ? ni ke bekalan yang aku nak bawak nanti bila berjumpa Yang Maha Esa ? aku belum cukup amal nak bawak pergi sana nanti .. ! aku mula takut untuk lalui kehidupan yang akan datang .. setiap langkah diperhatikan , dinilai dan dicatat .. aku membayangkan mungkin esok , lusa atau hari-hari akan datang tibanya waktu aku , aku hanya dapat melihat sanak-saudara dan kedua ibu bapa meratapi pemergianku .. yang aku hanya dapat lihat dari jauh .. aku tak boleh lagi pegang tangan kedua ibu bapa ku minta maaf .. aku lihat sendiri jasad aku diuruskan orang .. ya Allah ! aku dah tak boleh patah balik , masuk dalam jasadku ! aku boleh tengok orang tapi dorang tak nampak aku ! Ya Allah ! ampunilah segala dosa-dosaku , dosa kedua ibu bapaku , sanak-saudaraku , sahabat-sahabatku serta kaum islam yang lain .. kerdilnya aku .. T_T ! "

aku terjaga dari lamunan .. "pergi mandi cepat kita ziarah arwah mak long , mandi jangan lama-lama , perjalanan jauh ni .. kena bertolak cepat .." ..

Astaghfirallahalazim ...