
yeah ! harini mahu amik kesempatan yang amat berharga ini untuk sedikit sebanyak citer pasal exam . well , esok exam bahasa tamil . disebabkan saya orang melayu tulen! memang tak lah nak amik exam tu . cukup la exam bahasa melayu yang kali ini agak susah daripada biasa . setakat hari ni baru sahaja habis bahasa melayu , bahasa inggeris dan sejarah . dan tiga-tiga paper ni memerlukan kepakaran mengarang esei . habis ! naik kematu jari manis saya . haih , taktahu lah nanti apa pula markahnya . paper BM lagi susah dari BI dan SEJARAH lagi susah dari keduanya . itulah lumrah hidup seorang pelajar , SUSAH ! perkataan yang sering dikeluarkan dari bibir manis yang pandai berkata-kata tapi bila exam ketandusan idea . memang lah . kalau saya diberikan peluang untuk buat soalan exam HAHA ! mesti senang yang akan keluar dari bibir para pelajar sekalian . dan bersedialah untuk lusa punya paper yang paling digeruni oleh saya . markah selalu nampak gempak pada hakikatnya dalam hati sentiasa gembira bila dapat markah akaun . harapan saya tak pernah serendah tanah yang dipijak tapi setinggi langit yang dijunjung untuk subjek akaun tapi ... amat berduka cita sekali . masa menjawab menjadi begitu singkat untuk subjek yang susah dan menjadi begitu lama untuk yang senang . apa keheyh ? sebab bila dapat soalan yang senang laju aje mata pena bergerak atas dasar kertas yang bersih sehingga tak sempat nak menoleh ke kiri ke kanan ke atas ke bawah ke depan ke belakang selatan , barat daya , barat laut dan timur laut . HAHA ! sebab memang cikgu tak bagi pandang ke mana sahaja kecuali pada kertas sendiri . bila tengok jam , LAA~ LAMBAT LAGI NAK HABIS MASA TAPI JAWAPAN SEMUA DAH SIAP NI ! waktu itu nak buat apa lagi ? ada yang tidur , main pusing-pusing pensel dan leher terasa gatal nak pusing ke mana-mana . TAPI! bila soalan susah . tenung pada 1 soalan sahaja mengambil masa 15 minit dan belum yang lain tiba-tiba "OKE CLASS! TINGGAL LAGI 15 MINIT MASA MENJAWAB" dan ketika itu kelam kabut jadinya otak saya dan yang lain saya taktahu*
AND JUMPA LAGI DI LAIN POST* :D