coret - coret




lega rasanya dapat tik* tok* tik* tok* keyboard lappy . seminggu tak tik* tok* . macam-macam sebab . sebab balik kampung exam malas dan itu je lah . balik kampung pun bersebab . mari story-story balik kampung dulu .


BALIK KAMPUNG

hari isnin tu memang nawaitu nak pergi sekolah sebab sambut hari guru . tapi ada hal yang lebih penting . Al-Fatihah untuk arwah wan saya . memang setiap yang hidup pasti akan melalui kematian . terkejut . dan dengan kelam kabut nak balik kampung sebab takut tak sempat nak tengok arwah untuk terakhir kali , sampai di tengah lebuh raya Tapah . !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! . bunyi meletup pada depan kereta . masa tu kereta hilang kawalan . nasib baik di belakang tadak kereta . kalau tak .. ayah saya pulak bawak kereta laju . berhenti tepi jalan dengan segera . saya terus keluar dari kereta , sebelum berhenti tu saya dah mengucap tak tahu lah berapa kali . amat takut dan tak dapat bayangkan buat kali kedua . lepas semua dah turun tu cek pada bot depan sebab ada bau macam terbakar . tadak apa2 . ohh !! TAYAR !! tayar depan sebelah driver sudah terbakar dan terkeluar daripada ring(taktahulah ejaan) . nasib kami semua bernasib baik sebab kereta tu tak baling kami semua ke mana-mana sebab ayah memang bawak laju 140/180 . yela , nak rush ! amik masa 5jam untuk sampai ke semanggol . tapi dengan nak hantar kereta ganti tayar baru lagi memang alamatnya lagi lama lah . sebelum cari kedai tu terpaksa tukar tayar tu dengan tayar spare . habis tukar tu kemas barang masukkan dalam kereta tiba2 pasukan peronda sampai =,= . TAK APA LAH , KERETA SUDA OKE . KAMI JADI MEKANIK SENDIRI . selesai semua kereta suda oke baru lah bertolak semula tapi tak ada rezeki kami sekeluarga . jenazah wan sudah disembahyangkan sebaik sahaja kami sampai :'( kami hanya sempat iring jenazah untuk dikebumikan sahaja . saat membacakan doa untuk jenazah , menitis air mata saya mengingatkan kali terakhir melawat wan di hospital . masa saya menghulurkan tangan dengan arwah sebab nak balik , arwah wan cakap nak makan ubi kayu sama-sama . itu makanan kesukaan arwah . saya mengiakan sahaja dan berkata "kalau angah datang lagi nanti angah bawak pastu wan kena makan banyak2" . semua keluarga termasuk pesakit sebelah dan hadapan katil wan ketawa kecil . itulah juga terakhir kali saya melihat wan senyum walaupun riang wan semakin pudar . saya hanya boleh sedekahkan doa-doa untuk arwah . malam tu , sama-sama baca tahlil untuk arwah kat rumah paksu lepas solat maghrib . esok paginya pulak kenduri tahlil diadakan lagi dengan sedikit makan-makan . macam biasa yang dekat dapur tu perempuan lah kan . maktam arahkan saya , amirah , along dan k.tikah untuk kutip pucuk ubi . masa tu taktahulah nak cakap . sedeyh !!! UBI KESUKAAN ARWAH :'( "tapi nani tabahkan hati , semua yang terjadi ada hikmah dan semua yang hidup pasti akan menemui ajal" . pujuk hati ... angah doakan roh wan dicucuri rahmat . amin .... :'(

OKEH ! suda jangan sedih2 . buang sedih dengan cerita EXAM

minggu ni exam mathematics , science dan ekonomi asas . hukhuk ! nak kata amat susah tapi ada jugak soalan yang senang kan . hurm ! math tak tahu lah senang ke susah . dah lupa . science semalam memang payah nak cakap . banyak pasal kimia je . haish , macam bukan exam sains biasa dah ni . ekonomi asas? senang tapi rasanya disebabkan senang tu yang banyak CARELESS . y ? sebab tangan ni tak tahu sabar nak tanda jawapan . jadi , lintang-pukang jawapan . A+ !!!!!!!!!!!!!!!!! nak jawab apa nanti dengan Puan Laili ? tolong !!!!!!!!!!! dan minggu depan adalah minggu yang paling tak sabar untuk saya nantikan . minggu yang terakhir untuk 2 subjek penting . sivik dengan pjk tu bukan masuk SPM kan . tolak tepi kejap . agama memang banyak topik kecil dalam topik besar . HAHA . banyak pulak SUB SUB nya . tapi saya lagi suka baca las minit sehari sebelum exam sebab masa tu baru memory card dalam brain ni berfungsi dengan laju dan akan simpan semua isi-isi penting .

*dan sekian terima kasih :)*