kening bertemu =='

Kali ni nak cite pasal perwatakan diri saya sendiri . Kening bersambung . Ramai orang cakap kening bersambung cemburu nye lah kuat . er ? tak mungkin yang kening bersambung cemburu melebih , habis tu macam mana yang cemburunya melebihi 360 darjah sampai nak balas dendam tapi kening nye tak bersambung pun ? apa cerita dah sekarang ? banyak artikel yang saya search dari internet tentang rahsia kening bersambung ni . Antaranya , inilah

.:.banyak berfikir dan tiada masa untuk bersenang lenang ...
=saya ? memang banyak lah perkara yang bermain dalam fikiran saya , sampai kadang-kadang susah nak tidur .


.:.jodoh dekat dan ada jugak yang cakap jodoh jauh ...
=saya tak percaya semua tu sebab jodoh terletak di tangan Tuhan bukan pada kening !



.:.suka membangkang !
=yeah ! kalau saya terlebih aktif memang saya suka bangkang apa kata orang , tapi kalau saya bosan saya layan saja apa dia kata ...


.:.garang macam singa!
=garang bertempatlah , semua akan marah kalau orang lain naikkan suhu kemarahan kita kan ? saya pun macam tulah , tapi mana ada macam singa nak mengaum sesuka hati kat orang ...



Jadi , pasal cemburu tu langsung tiada dalam mata pencarian saya . Terserah bagaimana anda mahu menilainya . Kita hanya percaya pada bukti sahih daripada Al-Quran dan Hadith kan . Jadi kalau-kalau anda terjumpa riwayat yang berkata sedemikian , tunjuk bukti yang sahih itu kepada saya sebelum anda mengagakkan , "eh , kening kau bersambung ! kuat cemburu nih" .. Memang saya jadi pembangkang nanti :)