Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…

____________________________________________________

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).

Tingginya darjat seseorang wanita tersebut dalam agama Islam . begitu dijaga dan dipelihara oleh Allah S.W.T .
comel kan wanita itu . wanita yang sempurna kecantikan nya . semua insan boleh berubah menjadi insan yang soleh solehah . tidak terkecuali sesiapa pun , cuma nawaitu sahaja yang boleh menetukan segalanya menjadi . jika kita kuat dengan kata hati untuk berubah , maka berubahlah diri kita untuk ke jalan kebenaran .