Kerana Ayam Aku Senyum :)

hari ini macam macam hal yang bagi saya tension . mula dari awal pagi sampai sekolah dah ada orang yang suka suka buad orang sakit hati .

hari kita mesti bermula dengan tenang kalau dah awal pagi orang cari pasal bila nak belajar ape pun tak masuk sebab berhadapan kan orang itu . hari ni memang saya malas nak cakap macam selalu . tak tahu lah lepas ni saya kurangkan untuk bercakap dengan orang macam itu lagi , bukan boleh melawak sikit nanti naik kepala , betul kan ? need to be serious with u after this .

sepanjang hari jugak kebadmo-an saya di sekolah sampai ke rumah . tidak ketawa macam hari hari sebelumnya . sampai sahaja kereta berhenti di hadapan lif saya bergegas naek menggunakan tangga . HAHA ! sebabkan nak tunggu lif buatkan saya lagi bertambah hangat ! letak beg lam bilik , terus g dapur ... wawww !! ayam !!! (senyum sendiri tak perlu kata apa apa) ! segala kemurungan lenyap begitu sahaja . 2 ketul ayam di curi dari dalam periuk , dengan keadaan masih berbaju sekolah . sebelum makan mesti baca doa baru murah rezeki . lepas makan , :) senyum seorang diri tanda kekenyangan . Alhamdulillah , syukur pada-Mu Ya Allah kerana dengan limpahan rezeki Kau lah aku kembali tersenyum sekali gus menghapuskan segala anasir buruk di dalam hatiku ini , terima kasih Ya Allah .